>

My Cheerful Blogger =)

Saturday, December 1, 2012

~Cinta??~

Assalamualaikum Cinta..
Waalaikumussalam rindu..

Ana mulakan dengan sesuatu yang menarik pada ana utk dikongsi.. Pernah dengar ungkapan salam sedemikian? kalau pernah jawab dalam hati.. =)

Tajuk entry pada kali ini Cinta??..atau dalam bahasa antarabangsanya Love.. =)  Ana berasa bertuah sekali lagi dapat ke talk yang bertajuk 'ku nanti pemilik tulang rusukku' hasil penyampaian saudara Hilal Asyraf... jika kita renung2kan kembali tajuk talk itu sebenarnya sesuai utk kaum Adam yang masih dalam pencarian teman di sisi.. tapi yang anehnya,yang menbanjiri DKP3 ialah kaum hawa... ^_^..

Alhamdulillah penyampaian Hilal Asyraf sangat memberi impak dan mengajak ana dan semua yg hadir merungkai apa itu definisi cinta.. ana coretkan di sini kerana ana ingin ia kekal segar dan bukan hilang ditelan masa.. =)

Pertamanya,beliau bertanya dari mana kita belajar 'cinta' ni? dari mana? cuba berfikir sejenak? sedar atau tidak kita sebenarnya di ajar dari media2 massa.. kenapa begitu? Sedarkah anda, jalan cerita dalam sesebuah cerita pasti akan terselit kisah cinta di antaranya.. betul tak? kerana apa? kerana utk melariskan.. dan kita terpengaruh dan terjerumus dalam tempat yang tidak sepatutnya...

Seterusnya,beliau bertanya, apakah definisi cinta bagi kamu? apakah cukup sekadar saling menyayangi? baginya, 'Apa2 yang membawa ke syurga itulah cinta, apa2 perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta..' sungguh mendalam ayat2 ini.. =) renung2kanlah teman semua.. moga ia terpelihara.. insyaALLAH..
Beliau berkata juga..jika definisi cinta kita rosak atau tersilap atau kita terleka dek kerana nafsu yang mencengkam,maka perbaikilah ia.. tidak pernah ada masa terlambat utk berubah.. sama2 mengajak si dia utk berubah juga.. mudah2an ALLAH dapat lihat kita ingin berubah ke arah yang lebih baik.. =)

'Iman bukan sekadar kata-kata, bukan sekadar cita-cita tapiia tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal..'

Beliau memberi tips untuk persiapan diri kita:

1: Rohani

'Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.' (Surah At-Tahrim:6)

Kita kenalah jaga diri kita,jaga amalan dan lihat kembali adakah hubungan kita dengan ALLAH baik atau tidak?

'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan'  (Al-Imran:185)

 Tambahan bagi kaum hawa, jangan suka bergosip sangat kerana bahaya gosip2 ni akhirnya akan tersebar cerita yang tidak sepatutnya.. betul kan? =)

Beliau berkata lagi, 'kita tak pasti kita akan kahwin,tapi kita pasti akan mati'.. Maka,persiapan kita tu bukan sekadar utk ke gerbang perkahwinan tetapi untuk menghdapi hidup yg abadii di sana.. Dalam usaha menyiapkan diri utk memiliki dan dimiliki ini kita hendaklah mencari keredhaan ALLAH.. mudah2an ALLAH redha.. Aamiin.. =)

2: Emosi
Pelihara emosi kita. Beliau memberi saranan agar sentiasa mendampingi ilmuan2 dan orang-orang tua yang berpengalaman supaya boleh bertukar-tukar pandangan dan meminta tips2 yang baik dari mereka. selain itu, tambahkan pengetahuan dengan membaca buku. =)
Beliau berkata, Kaum hawa ni suka berkata2 perkara yg tidak penting seperti isterinya yang suka bercerita apa yang berlaku semasa di UIA.. Maka,sebagai seorang lelaki dan suami kenalah saling memahami dan cuba untuk menyenangkan hati kedua2 belah pihak.
untuk tambahan dari ana, kita, sama ada kaum adam atau kaum hawa, boleh membuat kajian bagaimana emosi yang selalu terpamer bagi kaum adam dan kaum hawa.. =)

3: Material
Beliau berkata jangan salah faham,material bukan bermaksud kena kaya. tapi bagaimana daya survive kita dalam kehidupan seharian kita. bagaimana kita dapat menguruskan kewangan dgn baik. berjimat cermat ke tidak.. kerana jika kita masuk ke gerbang perkahwinan bukan bermaksud cinta cukup untuk memberi kehidupan yang baik dalam hidup berkeluarga. justeru itu, persiapkan diri kita.. =)

 ketika penyampaian
 sesi autograf
dapat juga bergambar dengan beliau. ^_^

_Dan kahwinkanlah org bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan org yg soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, ALLAH akan memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-NYA kerana ALLAH maha luas (rahmatnya dan limpah kurnianya) lagi maha mengetahui._ (An-Nuur:32)

Ayuh kawan2 kita pelihara cinta kita... rasa cinta itu lumrah namun perlu dikawal.. =)

P/s: dapat memiliki buku sebelum aku bernikah penulisan Hilal Asyraf

Monday, November 26, 2012

_Ubat Hati_

Assalamualaikum.. ^_^
Senyum dulu sebelum baca.. =)


Ana ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengubat hati kita.. Setiap penyakit itu ada penawarnya insyaALLAH.. jika kita terasa hati kita telah lalai dengan sesuatu, alpa dalam menunaikan perintahNYA, maka apa yang perlu kita lakukan untuk pulihkan kembali?? Alhamdulillah ana terjumpa sebuah buku semasa ana berjalan-jalan di Cfest USIM kali ke 10.. Selepas belek2, ana pun beli.. Jom kita lihat, bagaimana dan macamana untuk rawat hati kita.. ^_^

1) Membaca Al-Quran sambil meneliti dan berusaha memahami maknanya

2) Mengosongkan perut iaitu berpuasa atau makan secara tidak berlebihan

3) Qiamulail iaitu beribadah di keheningan malam

4) Berdoa dan bermunajat dengan rasa penuh rendah diri pada waktu sahur (sebelum subuh)

5) Sentiasa mendampingi para ulama' yang soleh lagi mulia serta selalu menghadiri majlis-majlis ilmu mereka

6) makan makanan yang halal. ini penting kerana ia adalah asas bagi ubat hati

7) Ber'uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, diam dan tidak berbual kosong ketika bersama mereka.




Source: Ubat hati (Muhammad Afif Bin Yahya Al-Berlisi)

marilah sama-sama memulihkan kembali hati kita..Mudah-mudahan ALLAH dapat lihat ia salah satu usaha kita untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA... Moga ALLAH beri petunjuk pada kita.. Aamiin.. Salam perjuangan dari ana.. =)


P/s: Bersyukurlah kerana masih ada yang ingin memberi nasihat pada kita,jangan sampai satu saat kita leka tanpa disedari..

Friday, October 5, 2012

~Nikah??~

Salam Jumaat! Alhamdulillah diberi kesihatan utk jari jemari ini menari di keyboard my lovely laptop..=)
harap kalian sentiasa ceria dan senyum2 selalu...

Kebelakangan ini,,selalu dengar cerita kawan2 nk kawen dan ada juga sedang mencari calon..ada juga yg sedang perbaiki diri sehingga smpi sidia yg dinanti...  namun, pernahkah kita terfikir bagaimana persediaannya? nobody is perfect..yes! but we can improve ourself.! ^_^. waktu sekolah rendah+sek menengah tak pernah atau jarang cerita pasal kawen2 ni..tapi sejak berada di IPT, selalu kedengaran cerita ni..huhu.. Baru terasa,kita ni semakin hari semakin matang dlm mencorak perjalanan kehidupan kita..

ana ingin berkongsi dr buku yg ana ada baca..

 Tanda2 wanita yg baik akhlaknya:

 1. Berakhlak dgn mentaati perinta ALLAH swt. spt tekun dan bersungguh2 dlm beribadah, sabar dlm menempuh segala ubaan dan sentiasa bersyukur serta banyak mengingat ALLAH swt.

2. Mentaati suaminya, redha dgn pemberian suami,melayani suami dgn baik,sopan santun dlm segala ucapan dan tingkah laku, menutup aurat, menjaga kehormatan keluarga dn memelihara amanah suami

3. Berakhlak kpd kedua org tua, memuliakn mereka serta membantu dan menyenangkan mereka, selalu berusaha mengajak keluarga kpd kebaikan dan keredhaan ALLAH swt.

4. Berakhlak kpd sesama teman, tetangga dan masyarakat sekitarnya, tidak mengganggu dan menyakiti mereka melainkan membaantu dan memudahkan mereka dgn apa yg kita mampu.

5. Tumpuan hatinya ialah utk memperbaiki diri, berakhlak baik, mengurus rumah tangga dgn baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dgn manusia.

Jadi,bagaimana dan sejauh mana kita mempersiapkn diri kita? perkara ini sebenarnya peringatan utk ana juga dan tidak salah ana berkongsi dgn kalian..agar bila kita hampir tergelincir, masih ada yang sudi menarik tgn kita ke jalan yg benar...^_^

Moga ALLAH permudahkn urusan kita semua.. aamiin.. jgn terasa diri terlalu bagus,takut nnt kufur nikmat, nauzubillah... sama2lah kita saling memberi nasihat dan menerima nasihat..kerana apa? kerana kita perlukan santapan rohani sebagai benteng pertahanan diri... ^_^.. 

akhir sekali dr ana, Jodoh itu rahsia ALLAH..namun kte perlu berusaha perbaiki diri agr si dia juga perbaiki diri dan menjaga hati..^_^




p/s: bykkn berpuasa jika diri tak mampu lagi utk berumah tangga..he3

Thursday, September 20, 2012

~My Besday ^_^~


Assalamualaikum Titipan Bicaraku... ^_^

Alhamdulillah masih mampu merasa udara percuma dariNYA.. Bersyukur..
Tanggal 18 September 2012, genap umur ana 21 tahun..Alhamdulillah.. Terima kasih kpd semua yg memberi   ucapan dan doa..ana sangat hargai! bagi ana, ana cukup hargai bila kawan2 ingat pada kita dan tidak lupa utk memberi nasihat pd kita, kerana apa? takut2 sampai satu hari nnt,tak ada sape yg nak nasihatkn kita.. Nauzubillah... Selagi ada yang perihatin dan sedia menasihati kita yg sering alpa, bersyukurlah tanda ALLAH syg kita,tak mahu kita leka dan alpa.. ^_^

Buat teman2 yang meraikan hari lahir ana semalam,ana mengucapkan ribuan terima kasih! Kalian memang membuat ana rasa bahagia dan terharu.. Bergema KFC dgn nyanyian lagu besday dr kalian..
kenangan bersama kalian takkan dilupakan.. ukhuwah fillah till jannah.. aamiin..
Azam---> Ingin islah diri kepada yg lebih baik, cuba istiqomah dgn amalan2 yg dibuat..ingin membahagiakan ibu bapa.. dan selalu fikirkan kesan terhadap perbuatan yg ingin dilalukan.. usaha sehabis yg boleh seterusnya bertawakal padaNYA.. ^_^











 The best actors! =)

My present from them. Thanks all my frenz!

 With my housemate!

P/s: thanks a lot 4 the presents! Books and green turtle! Syg kalian! ^_^


Monday, September 10, 2012

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum...

Sudah lama meninggalkan Titipan Bicara ini..^_^.. kenapa ye? agk2 kenapa? cuba teka..=)
ok, sbb line xkuat di kg utk update..^_^

Baiklah, Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam dan nikmat sihat utk meneruskan pengajian di USIM.. Mari kita menyelusuri sejenak, bagaimana kita dahulu,sehingga sampai ke tahap ini.. Alhamdulillah masuk tahun ketiga di USIM.. Mesti bykkn suka, duka, senang, susah, lapang, sempit, sihat, sakit.. Muhasabah juga adakah kita bertambah ilmunya? Sudah mampukah utk mengahadapi masa depan yg penuh dengan cabaran? kata org,jangan pandang belakang,tapi dr belakanglah jadinya kita sekarang..jika tak lihat ke belakang, macamana nak perbaiki yg akan datang? macamana nak buang sikap yg tak sepatutnya? justeru itu,jeling2lah ke belakang agar kita sedar,masih byk perkara yg kita tak kecapi lagi..betul tak? Ana ingatkan diri ana juga.. sebab,kadang lagi kita ingatkn org,secara automatik akn memberi impak pada diri sendiri juga,insyaALLAH.. ^_^

Bila ana rasa kecewa atau sedih..ana akan teringat kata2 ni:


“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”

Makanya, think positive jika apa yg diingini tak mampu di capai.. ALLAH sentiasa tahu apa yg terbaik utk kita..

 '... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bg kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan ingatlah ALLAH jua yg maha mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahui..' (Al-Baqarah:216)

So,mulakan semester yg baru dengan niat dan azam yg baru ke arah merealisasikan impian yg satu..=)
Just mahu share, subjek sem ni..

LAC4433 COMPANY LAW
MAB2033 ADVANCED ACCOUNTING I
MAD3013 AUDIT AND ASSURANCE SERVICES
MAE3013 CORPORATE TAXATION AND ZAKAT
MFA3033 CORPORATE FINANCIAL MANAGEMENT 
MGA2013 FIQH MUAMALAT I 

Moga ALLAH permudahkan semuanya... Selamat berjuang sahabat2ku... Semoga ALLAH memberkatimu.. Salam ukuwah dan salam sayang..=)


P/s: Jangan melihat yg lebih tggi dr kita,nnt kurang bersyukur.. 

Thursday, June 28, 2012

~Cuti lama....~ =)

Assalamualaikum...^_^

Alhamdulillah selesai sem 4 yang agk memenatkan dgn subject2 killer yg best.. huhu.. Kenangan semasa exam takkan dilupakan.. Ana memerhatii gelagat teman2 dalam dewan exam..huhu.. macam2 ekspresi muka dipamerkan,.. bagi yg laju je tgn menulis 2,mesti otaknya keluarkan semua isi2 yg dibaca bagai air yg mengalir...bagi yg termenung,semestinya mencari2 dimana jawapan bg soalan tersebut... dan semestinya orang yg keluar awal akan di anggap hebat dan mampu menjawab dengan baik..tapi adakah kita tahu apa yg bersarang dihatinya? hanya ALLAH saja yg maha mengetahui... Ana ingin menjadi pemerhati alam...huhu.. namun,tak semestinya intrepretation kte benar dgn apa yg kita lihat..kita xmampu nak selami batin seseorang itu jika tidak dikurniakan keistimewaan seperti itu..Tapi, percayalah jika kte jadi pemerhati, kita akan cuba utk perbaiki diri kita dan ambil pangajaran dan dapat menilai mana yg baik dan buruk..betul tak? maka kita akn jadi amatuer critic.=)

Ha..sekarang ni sudah mula cuti sem...lama juga sampai raya...alhamdulillah puasa dan raya di rumah lagi tahun nie...jadi kawan2 yang bercuti lama tu,rancanglah cuti anda sebaik2-baiknya.. jangan lupa berdoa agr diberikan keputusan yg terbaik...aamiin...=)

Ok,entry ini sampai di sini saja... =).. Salam syg buat semua dan rindu pada USIM dan FEM..^_^

p/s: doakan nk speaking muet 10hb..huhu

Tuesday, June 5, 2012

~ Exam around the corner~

Salam Pagi yang penuh ceria dan indah!

 1- Ana akan menghadapi final exam bermula minggu depan.. Doakan ana ye..=)

My Exam Schedule:
11/6 AKHLAK DAN TASAWWUF 9 AM
12/6 CREATIVE THINKING & PROBLEM SOLVING 9 AM
14/6 INTERMEDIATE ACCOUNTING 2 9 AM
20/6 AUDIT PROCEDURES 9 AM
21/6 ACC. PLANNING&CONTROL 9 AM
BUSINESS STATISTIC 2.30 PM
22/6 FINANCIAL MANAGEMANT 3 PM
25/6 TAXATION 9 AM

2- Ana ingin meminta maaf andai ada salah silap yang pernah ana lakukan... baik sengaja mahupun tak sengaja..=).. Moga dengan kemaafan yg diberi akan menjalinkan ukhuwah yg berpanjangan..insyaALLAH..

3- Jangan putus asa walaupun susah subjek yang dipelajari..think positive..! knp org lain boleh faham,tp kita tak boleh? logik x? so,yakin dan berdoa agar diberi kefahaman.. ^_^

4- Focus pd target yang ingin dicapai...berdoa,jika keputusan itu yang terbaik buatku,berikanlah..=)

5- Bagi reward pd diri sendiri bila sudah selesai study/exam.. diri kita pun kne hargai kerana dah penat bekerja utk kita,,, lakukan perkara yg kamu suka buat seketika..

6- Manage ur time wisely..=) take ur rest...

So,kawan2, walau dimanapun anda berada,lakukan yang terbaik,,moga hr nie lebih baik dari semalam.. senyum sokmo! ^_^.. moga ALLAH permudahkan urusan kita.. Allahumma yassir wala tua'ssir..! salam mujahadah...

P/s: jaga kesihatan ye..=)

Sunday, June 3, 2012

~Kenapa diuji?



Assalamualaikum..
sudah lama tak update my blog..=)
tiba2 diri ini curi masa sikit utk share apa yang berlaku sejak akhir nie...

Skrg time study week..namun ana telah dikejutkan dgn berita tergempar.. 2 org rakan ana telah terlibat dgn kemalangan motor..beliau adalah Nurul Ghraniah & Nabilla Farhana..
ana sangat terkejut..nabilla farhana alhamdulillah cuma cedera ringan sahaja,, namun niah,cedera sampai dikejarkan ke hospital seremban. ana dan sahabat2 seramai 8 org pergi melawat beliau semalam, sangat terusik jiwa ini tatkala melihat keadaannya.. pergelangan tangan kanan dan kaki kanan beliau patah... bersimen.. Ana teringat lincahnya dan cerianya dia sebelum ini... Namun kali ini,die terbaring lesu.. namun masih mampu tersenyum..katanya..."benda dah nak jadikan..." beliau terpaksa menangguhkan pengambilan exam utk sem ini sehingga pulih..yang penting tgn kanannya.. Niah,kami semua doakan kesejahteraan kamu... kami doakan kamu dan keluarga tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini.. Byk2kn muhasabah diri ye.. ALLAH sayang sgt pd sesiapa yaang DIA uji..jadi jangan mengeluh ye...insyaALLAH.. ALLAH tak membebankan seseorang itu kecuali dgn mengikut kesanggupannya...

Ana ingin kongsikan satu lirik lagu -sesekali diuji_NICE

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Huhh……..

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Ohh….

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Ohh….


Kenapa kita diuji?
kerana ALLAH syg kita
tanda ALLAH ingin tarbiyah kita
utk peringatan bagi yg lupa pd-NYA
utk mengampunkan dosa2 kecil kita
menguji tahap keimana di jiwa
menguji tahap sabar kita
menguji tahap keyakinan kita pd ALLAH..

mari sahabat2 sekalian,kita merenung sejenak,sejauh mana kita diuji..tapi sedarkah kita bahawa ada manusia diluar sana lagi besar ujian mereka..? jangan mengeluh dengan ketentuan yang ALLAH telah tetapkan.. sama kita muhasabah agar kita sedar bahawa nikmat ALLAH telah kita nikmati..

"Dan jika kamu menghitung nikmt ALLAH,nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya" (surah Ibrahim:34)

p/s: Berhati2 ye walau di mana kamu berada..ingatlah orang tersayang..=)

Wednesday, March 28, 2012

Indahnya Ukhuwah itu!



Detik itu..

Dia hadir tanpa dipinta,

Dia pergi meninggalkan rasa,

Seindah hari itu..

Tangisanku dipelukanmu,

Amarahku dipandang sepi,

Hikmah menangani jiwa ini,

Sabar melayari kisahku,

Damai qalbu mengusir pilu,

Indahnya ukhuwah itu…

Berkongsi rasa,

Suka duka,

Saling memberi kesan,

Saling mengajak kebenaran,

Pertemuan di akhiri perpisahan…

Mengapa Dia pergi?

Sederas manik tak bersalah jatuh membasahi,

‘ALLAH bersamamu selamanya, Aku hanya sementara’

Akhirnya ku lihat hikmahnya!

Ukhuwah itu indah disisiNYA…

Sayangnya kita pada insan tidak kekal juga,

Kerana rancangan ALLAH paling sempurna,

Binalah ukhuwah islamiah dalam mencari keredhaanNYA…

Sunday, February 19, 2012

~Ready?? go!~






Assalamualaikum myblog...=)
ana terasa lama juga tidak menjengah my blog..=).

Alhamdulillah segala pujian diberikan hanya pada Pemberi Nikmat!... ^_^

Semalam ana selamat sampai di bumi Nilai ni..=) Alhamdulillah masih tersegam indah Sutera Indah..huhu.. hari ni pegi berbelanja sikit.. sekarang mencuri masa sikit untuk tangan ini memberi titipan bicara semadah pujangga bagi menaikkan semangat diri sendiri.. ^_^

kini ana dan teman2 bakal melangkah sem 4 pd esok hari (20hb feb 2012)! ready semua?? Go!... =). moga dipermudahkan segala urusan.. moga sem 4 ni lebih baik dari sem2 yg lepas..amin...

apapun result yg diperolehi,ucaplah ALHAMDULILLAH + sujud syukur padaNYA.. tanda kita bersyukur atas nikmat yang diberi..

kadang kita lihat di atas,mengapa kita tak dapat seperti dia?
hati menjawab: dah kamu usaha pun tak seberapa,n
ak buat lagu mana? huhu. itupun tak bersyukur ke??
bila kita lihat yang dibawah, baru diri terasa ada lagi yang sedih dan merana...
hati berkata: lihat..ini baru ujian kecil bagi kamu,mungkin ini yang terbaik buat kamu, mungkin kamu akan riak bila dapat lagi tinggi,maka ALLAH sayang lebih kamu! ALLAH mahu jaga hati kamu supaya jauh dariNYA dan belajar untuk menerima seadanya selepas penat berhempas pulas.. betol tak? jadi... jom islah diri,tingkat prestasi! ^_^

jom lihat hadis ni...

Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberi kelebihan. (HR. Tirmidzi)

ayuh teman kita ubah cara kita,jadi yang biasa kepada luar biasa! =) capai impian yg tertangguh tu namun jangan lupa jaga hubungan dengan ALLAH dan jaga amal.. ana selalu diingatkan oleh someone,jaga amal.. bila sesuatu yang tak diingini maknanya tak jaga amallah tu.. maka,jom semak amal kita yang tertinggal ok,,, apa lagi,,ready?? go! go! ^_^


P/s: Damai jiwa bila berada dekat padaNYA....


Sunday, January 15, 2012

~ TaK KeNaL MaKa TaK CiNTa ~

~ syg kalian! ~


~sweet memory~


~ with myroomate (sorg lg xde) ~


~ Assalamualaikum..~

ana satu lagi perkongsian.. nak tahu apa? jeng3.........

Pada 14 januari 2012.. tarikh yang memberikan 1001 memori indah bagi ana dan teman2 housemate C-3 3... setelah berbincang malam sebelumnya, kami telah bersepakat untuk makan malam bersama sambil kenal2 antara satu sama lain..^_^

kami bersama2 menyediakan hidangan makan malam..
masak nasi, goreng telur, goreng nuget, potoong buah, buat air,,,he3.. kenangan indah.! lauk tomyam beli di Sri Sayang..yuummm... sedap! alhamdulillah... ^_^
'
~jom makan~

ana dan kak tiya tiup belon2 tu..he3,,, ana pilih my favourite colour.. green colour! ^_^ penat juga menghias backdrop 2..huhu.. papepon,semuanya beri kerjasama yg terbaik.. syukran lakunna!

jamuan kami mula jam 9.30pm...he3.. dimulakan dengan ucapan MC (diyana).. selepas tu, beri peluang setiap teman2 memberi ucapannya.. ^_^.. lepas tu, sesi bergambar...he3..
lepas tu, makan...wah..memang kenyang.. Alhamdulillah... makan sambil layan citer olivia...^_^
suapan pertama untuk teman kiri dan kanan ana...terasa indahnya ukhuwah itu...=) sayang kalian! walau sekejap kita bertemu dan bermesra tapi percayalah memori itu akan tersemat dikalbu... ^_^...
saat kemuncak yang ana rasa seronok sangat iaitu
saat pertanyaan2 cepu emas setiap orang..he3 .. jeng3...
kami serumah ada 8 orang, ana bilik no 2, duduk 4 orang, yang lain, 2 orang je.. sebelum2 nie,jarang bertegur sapa dgn bilik no 1 n 2.. malam tu, macam2 perkara dapat tahu tentang dia..he3.. benarlah tak kenal maka tak cinta..ya tak? kami saling berkongsi latar belakang keluarga masing2, berkongsi pengalaman, dan tidak lupa status...wah! time nie, ana terkejut rupanya salah seorang dari housemate ana telah bertunang.. tahniah! ^_^ moga bahagia hingga akhir hayat.. amin... =).. ana terasa terharu sgt time 2 semua open dan dapat berkongsi semua.. alhamdulillah..moga ukhuwah yang terbina ni takkan putus sampai disini saja,tapi akan bersambung hingga ke akhirat sana..amin... buat teman sebilik, kaktiya,diyana,fiza... korang memang terbaik... sayang kamu semua kerana ALLAH.... ^_^ ALLAH dah rancang pertemuan kita, kalau ada rezeki kita sebilik lagi, kalau tak, sama2 saling ingat mengingati.. sesungguhnya setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan..moga pertemuan kami di redhaiNYA... amin...

~cantik x? he2 ~


p/s: gantung harapan kita hanya padaNYA..!

~imtihan ^_^ ~






~Assalamualaikum teman2...~

Terasa ringan jari ini ingin menari di keyboard manje (my lappy) ^_^....
alhamdulillah masih lagi diberi nikmat iman dan islam....=)

ana ingin berkongsi serba sedikit perihal ragam masa final exam sem 3 nie..=)
alhamdulillah sudah selesai 7 papers walaupun berbagai cabaran yang perlu ditempoh... tinggal 1 paper lagi.. commercial law..20hb nie... mudah2an dipermudahkan... amin.. =)

Bila mula minggu2 peperiksaan, ada je macam2 karenah..he3,,

1- tidur lewat yang tak pernah dilalukan sebelum ni...
2- ada yang sanggup tak tiur malam utk habiskan baca buku..
3- study senyap2...time org tidur, die baca buku, time org jaga,die tidur..he3
4- study sambil pakai headphone/mp3/earphone sampai org panggil pun xdengar....
5- baca sambil baring
6- baca kena duduk bersandar, fokus
7- study sambil cakap kuat2 apa yang dibaca
8- study di tempat sunyi (library/taman)
9- study group beramai2, bagi2 tugasan
10- study soalan2 spot saja...

inilah antara ragam waktu exam...he3.. manakah cara anda study? selama pemerhatian ana, bila time exam je,mulalah perkara biasa dilakukan tak dapat dilalukan sebab setiap perkara yang tak berkenaan exam semuanya membuang masa yang agk suntuk utk ulgkaji..^_^ kita ni selalu saat akhir baru nk kelam kabut nak bacakan...sekiranya kita dari awal2 masuk semester dulu, dah mula study awal2..mesti tak tension mahupun stress... (ingatkan diri sendiri jugak..) ^_^
mulalah time tue rasa menyesal yang amat....tapi nak buat
lagu mana..he3.. papepon kita perlu buat apa yg kita mampu...dan itulah perbandingan bagi orang yang sentiasa study awal dengan study last2 minit.. mereka yang study awal lebih rilex dan tenang, tapi orang yang study last2 minit nie nampak gelisah sehingga sebelum masuk dewan peperiksaan pun masih tak mahu lepaskan buku dan selagi ada waktu mahu belek buku tu... waktulah kita rasa berharganya masa... ^_^ (ana pun macam tu juga..he3..)
hebatkan pelajar....kenapa ana berkata demikian? sebab, mereka yang belajar last2 minit nie mampu baca/study/ulangkaji/menghafal subject yang telah belajar dalam masa lebih kurang 5 bulan hanya dalam 1/2 hari je.... wah..hebat bukan...=) mantap! thumbs up!



p/s : dapat berita bapa teman sekelas telah kembali ke Rahmatullah.. moga keluarga beliau tabah menghadapi ujian tersebut... Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

Friday, January 6, 2012

~come my spirit!~

Assalamualaikum semua..! =)
alhamdulilah masih diberi kesihatan yang baik dari Ilahi...^_^
terasa ingin mencoret sesuatu walau petang ni exam..huhu.. take rest with my blog..

semangat? jom bersemangat setiap hari.. agar hari2 kita tak berlalu dengan sia2.. lagi hebat jika buat sesuatu yang baru yg xpernah kita buat sebelum ini... mesti terasa puas hati dan take the challenge kan? =)

ana berusaha untuk bersemangat untuk menghadapi peperiksaan yang agak mencabar minda...alhamdulillah setelah lepas 3 paper terasa lega sikit..tapi masih tak lega sekiranya killer subject tak lepas lagi iaitu Intermediate Accounting 1... harap dapat buat terbaik..may ALLAH bless me and help me.. amin....

Selama mana kita bergelar insan dimuka bumi ni, selagi tulah tanggung jawab yang dipertanggungjawabkan masih ditanggung dan akan ditanyakan di akhirat kelak...jika terasa berat mari mengadu padaNYA.. dan pasti ALLAH tahu yang terbaik untuk kita semua.. ^_^
letak keyakinan padanya...jika kita tak dapat jawab mungkin kita ada dosa yang dilakukan...masyaALLAH... papepon usaha tangga kejayaan.. ALLAH lihat sejauh mana kita usaha.. baiklah, salam jumaat pertama di tahun 2012.. senyum sokmo ye..^_^

P/s: wish me luck 4 business math exam 3.00 pm...=)

Sunday, January 1, 2012

~1 januari 2012~ ^_^


~السلام قبل الكلام~

~السلام عليكم~

Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah...=)
Bersyukur padanya..kerana kita masih mampu untuk bernafas di muka bumi ini...=)
bagaimanakah kalian di hari ini?
gembira? =)
muram? =(
sedih? :'(

Sahabat yg dikasihi... walaubagaimanapun perasaan kalian, ayuh ucap syukur padanya kerana mampu kita menjejaki tahun baru 2011 masihi.. masih boleh perbaiki azam tahun lalu dan berazam baru.. perkara yang lama biarkan ia pergi... kenangan manis,kenangan pahit? simpan dalam diari kehidupan dan kongsi segala rasa padaNYA... insyaALLAH hati akan tenang...

Di petik dari ibnu abbas r.a: "Perkara yang paling sedih bila tiba tahun baru adalah umurku bertambah tapi amalanku tidak bertambah"

Bermula hari ini,sama2 kita tingkat amal sikit demi sikit dan istiqomah...insyaALLAH...
2012 datang tanpa dipaksa, jadi kita pun tak perlu dipaksa untuk islah diri kepada lebih baik betul tak?? =)..

teman, ingat ayat quran, surah ar-ra'd ayat 11...
......إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ.....
.....Sesungguhnya ALLAH tidah akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....

buat teman semua..ana akan menghadapi peperiksaan bermula 3hb-20hb.. doakan ana dapat buat terbaik..and make my parents proud to me..insyaALLAH..

I will remember this word ALLAH always with me because He loves me more than my family..so I must trust Him in deep my heart...

P/s: layan lagu sami yusuf & irfan makki tau..^_^



Sami Yusuf 2011 Make Me Strong (HD) Subtitle Arabic with lyrics مترجمة ل...