>

My Cheerful Blogger =)

Sunday, June 3, 2012

~Kenapa diuji?



Assalamualaikum..
sudah lama tak update my blog..=)
tiba2 diri ini curi masa sikit utk share apa yang berlaku sejak akhir nie...

Skrg time study week..namun ana telah dikejutkan dgn berita tergempar.. 2 org rakan ana telah terlibat dgn kemalangan motor..beliau adalah Nurul Ghraniah & Nabilla Farhana..
ana sangat terkejut..nabilla farhana alhamdulillah cuma cedera ringan sahaja,, namun niah,cedera sampai dikejarkan ke hospital seremban. ana dan sahabat2 seramai 8 org pergi melawat beliau semalam, sangat terusik jiwa ini tatkala melihat keadaannya.. pergelangan tangan kanan dan kaki kanan beliau patah... bersimen.. Ana teringat lincahnya dan cerianya dia sebelum ini... Namun kali ini,die terbaring lesu.. namun masih mampu tersenyum..katanya..."benda dah nak jadikan..." beliau terpaksa menangguhkan pengambilan exam utk sem ini sehingga pulih..yang penting tgn kanannya.. Niah,kami semua doakan kesejahteraan kamu... kami doakan kamu dan keluarga tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini.. Byk2kn muhasabah diri ye.. ALLAH sayang sgt pd sesiapa yaang DIA uji..jadi jangan mengeluh ye...insyaALLAH.. ALLAH tak membebankan seseorang itu kecuali dgn mengikut kesanggupannya...

Ana ingin kongsikan satu lirik lagu -sesekali diuji_NICE

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Huhh……..

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Ohh….

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Ohh….


Kenapa kita diuji?
kerana ALLAH syg kita
tanda ALLAH ingin tarbiyah kita
utk peringatan bagi yg lupa pd-NYA
utk mengampunkan dosa2 kecil kita
menguji tahap keimana di jiwa
menguji tahap sabar kita
menguji tahap keyakinan kita pd ALLAH..

mari sahabat2 sekalian,kita merenung sejenak,sejauh mana kita diuji..tapi sedarkah kita bahawa ada manusia diluar sana lagi besar ujian mereka..? jangan mengeluh dengan ketentuan yang ALLAH telah tetapkan.. sama kita muhasabah agar kita sedar bahawa nikmat ALLAH telah kita nikmati..

"Dan jika kamu menghitung nikmt ALLAH,nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya" (surah Ibrahim:34)

p/s: Berhati2 ye walau di mana kamu berada..ingatlah orang tersayang..=)

No comments:

Post a Comment