>

My Cheerful Blogger =)

Saturday, February 15, 2014

_Back to Fitrah_


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini terasa ingin mencoret sesuatu di sini... 
Apa khabar teman2 di sana? Moga sentiasa berada di bawah rahmatNYA insyaALLAH...

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa, tapi terasa jari ini ingin menari di keyboard ni..=) 
Alhamdulillah 'ala kulli hal.. kerana ALLAH permudahkan jalan ana menyelesaikan 7 semester di USIM dan sekarang sedang internship di Batu Pahat untuk 6 bulan... ALLAH...Jihad perlu kerana 6 bulan... orang lain 5 atau 4 bulan je, tapi bagi kami kos perakaunan perlukn 6bulan untuk mengaplikasi semua pembelajaran yang dipelajari... Moga ALLAH juga bersama-sama kita.. Moga ALLAH tidak memalingkan rahmatNya dari kita...

Back to Fitrah...
Sejauh mana kita terleka, akhirnya ALLAH ingin kita kembali dengan memberi kita sesuatu ujian agar kita terbangun dari lena yang panjang.. SubhanaALLAH.. Allah masih sayang kita... Diberi nikmat demi nikmat pada hambaNYA, namun seringkali disebabkan nikmat itu, kita jauh dariNYA... selepas itu, nikmat yang diberi tadi ditarik sedikit demi sedikit, tanpa disedari sehingga kita tersedar...

"aaaaa kenapa macam ni?? 
Kenapa aku sedih begini dan begini...? 
kenapa semuanya susah dalam hidup ni?? 
kenapa semua orang tak suka kita? 
kenapa semua orang tak memahami kita? 
mana semua orang yang boleh beri aku nasihat..?"
kenapa aku tak bahagia macam orang lain?

Allahu Akbar... Allah maha besar.... tatkala itu, kita memang perlukan seseorang memujuk hati, memberi kata perangsang... cari no telefon, nak call sape ni..nak kongsi masalah... call, sms namun hampa..... selepas itu..... terdudukk.... terpandang sejadah yang tersidai... perlahan bangun ke bilik air... solat.... sujud... lama disitu... dicurahkan segalanya di situ... sebak di dada semakin berkurangan... ketenangan diberi juga akhirnya...... ya ALLAH...Alhamdulillah... Aku terleka.. jauh dariMU.. tidak mengamalkan segala ajaran yang ada di dada.. bersikap enteng dengan dosa2 kecil..malah mungkin pernah terjebak dengan dosa besar tanpa disedari... Astaghfirullah...... terpandang Kitab Mulia di atas meja... Buka. mula membaca... menitik lagi air2 jernih dipipinya.... terjumpa ayat2 cinta sebagai pemujuk hati dia.....
Selesai.... Mengerling ke telefon, ada sms di situ... 

Seringkaali kita cari seseorang sebelum ALLAH... Namun,kita perlukan ALLAH dulu dari orang lain... memamg terasa tiada jawapan akan diberi, namun,kita akan rasa tidak malu mengakui dosa2 kita di hadapan ALLAH...jika dengan manusia,kita terpaksa simpan untuk menutup aib sendiri..tapi dihadapan ALLAH, kita takkan mampu untuk tipu diri sendiri dan ALLAH... siapa kata ALLAH takkan beri jawapan... ALLAH beri jawapan di dalam Kitabnya Al-quran...bacalah..baca tafsirnya...insyaALLAH terasa ALLAH sedang berbicara dengan kita...

Kerana itu... ujian yang diberi bukan disengajakan tanpa terkandung hikmah dariNYA.... Untuk redha memang susah,,,tapi tidak salah kita nak belajar bagimana nak jadi seorang yang redha atas kehilangan sesuatu... =)




P/s: Semoga kekal berada di jalanNYA.... Ya ALLAH berilah kami kekuatan iman sehingga tidak ada yang lebih berkuasa melainkanMU....



Sunday, September 8, 2013

Giveaway iceps9!







Assalamualaikum.. 
Jom join this giveaway! Klik di pautan link di gambar ye..
Hadiahnya best2 tau..

Hadiahnya..:

1) 3 Blouse dan 3 Cardigan from Mhouse Blouse
2) Topup RM5 untuk sepuluh orang dari Mieza
3) 1 Halfmoon, 2 Shawl, 1 Pashmina, 1 Golden Bookmark dari Hda
4) 1 Ladies Jaket dari Qalyla Hijab

ICEPS9 = islamic Convention of Entreprenuerships 9
Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-9


Thursday, September 5, 2013

_Zaman kedewasaan menjengah.. _


Assalamualaikum.. =)

Alhamdulillah di luar hujan turun renyai2,memberi peluang ana mencoret di sini.. Alhamdulillah ALLAH masih beri nikmat iman dan kesihatan...Moga dengan nikmat ini, kita semua akan lebih dekat kepadaNYA.. ^_^

ha.. pasti kalian tertanya2, apa maksud tajuk yang di 'highlight' kan? 
Sejak kebelakangan ini, ana sering melalui pengalaman yang sebelum ini jarang2 sekali diperkatakan atau dipertanyakan atau dibincangkan.. maka ana terasa inilah zaman kedewasaan bakal ditempuh.. bagaimana kita menguruskannya dan menjadikan zaman kedewasaan kita tidak sia2 dan indah.. =)

Seringkali bila ana jumpa dengan orang2 kampung especially makcik2, pasti terlontar soalan sebegini..

A: Asmaa ni kat mana sekarang? Dah habis belajar belum? ke sudah bekerja?
B: ha...yang ni bila lagi ni?? 
C: Anak ke berapa? adik beradik berapa orang? 
D: sudah ada calon belum?

dan bermacam2 lagi persoalan.. =)
Ana terfikir, sebelum ni tak ada pun soalan2 sebegini..hehe ini bermakna ana sudah menjengah alam kedewasaan.. cepat sangat masa berlalu.. dulunya perkara seperti calon atau jodoh ini susah diketengahkan, sekarang agak mudah diperkatakan.. hehe.. 

Begitulah prosess kehidupan kita.. ALLAH sudah atur apa yang terbaik buat kita.. ada orang dapat kahwin muda..kita masih sendirian...ada orang sudah berkerjaya..kita masih dalam suasana pembelajaran.. ada orang masalah tak pernah habis..kita bahagia.. ada orang ibu bapanya sporting.. itu namanya apa? itu namanya REZEKI.. ALLAH tahu apa nak bagi pada setiap hamba-hambanya.. 
Seringkali, kita memandang mereka yang di atas sampai berasa, mengapa aku tak seperti dia? mengapa begini nasibku? 
Nasib kita ni berbeza dengan orang lain, cuma usaha kita untuk prbaiki kehidupan kita tu bagaimana akan menentukan nikmat dariNYA akan ditambah atau dikurangkan..
jadi bagaimana? jadilah hamba yg bersyukur.. Moga dengan kesyukuran kita walau hanya sedikit nikmat yang diberi, ia menjadikan kita lebih bersifat qanaah... =)

Zaman kedewasaan sangat membimbangkan, kerana generasi sekarang ni sudah terdedah dengan pelbagai medium elektronik, sama ada digunakan dgn sebaiknya atau sebaliknya.. Maka, ana menyeru jadilah insan yang sedia berbakti pd keluarga dan masyarakat, kerana dunia sekarang ini sangat perlukan cerdik pandai, kerahan tenaga dari generasi muda... Moga zaman keremajaan dan zaman kedewasaan kita mematangkan diri kita dan melakar kenangan indah dalm proses learning menjadi productive muslim...

P/S: Alhamdulillah ana bakal melalui semester 7, semester terakhir di usim sebelum praktikal tahun depan insyaALLAH.. Moga ana beroleh kejayaan dan kenangan terindah di USIM.. aamin..