Sudah lama meninggalkan Titipan Bicara ini..^_^.. kenapa ye? agk2 kenapa? cuba teka..=)
ok, sbb line xkuat di kg utk update..^_^
Baiklah, Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam dan nikmat sihat utk meneruskan pengajian di USIM.. Mari kita menyelusuri sejenak, bagaimana kita dahulu,sehingga sampai ke tahap ini.. Alhamdulillah masuk tahun ketiga di USIM.. Mesti bykkn suka, duka, senang, susah, lapang, sempit, sihat, sakit.. Muhasabah juga adakah kita bertambah ilmunya? Sudah mampukah utk mengahadapi masa depan yg penuh dengan cabaran? kata org,jangan pandang belakang,tapi dr belakanglah jadinya kita sekarang..jika tak lihat ke belakang, macamana nak perbaiki yg akan datang? macamana nak buang sikap yg tak sepatutnya? justeru itu,jeling2lah ke belakang agar kita sedar,masih byk perkara yg kita tak kecapi lagi..betul tak? Ana ingatkan diri ana juga.. sebab,kadang lagi kita ingatkn org,secara automatik akn memberi impak pada diri sendiri juga,insyaALLAH.. ^_^
Bila ana rasa kecewa atau sedih..ana akan teringat kata2 ni:
“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”
Makanya, think positive jika apa yg diingini tak mampu di capai.. ALLAH sentiasa tahu apa yg terbaik utk kita..
'... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bg kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan ingatlah ALLAH jua yg maha mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahui..' (Al-Baqarah:216)
So,mulakan semester yg baru dengan niat dan azam yg baru ke arah merealisasikan impian yg satu..=)
Just mahu share, subjek sem ni..
LAC4433 COMPANY LAW
MAB2033 ADVANCED ACCOUNTING I
MAD3013 AUDIT AND ASSURANCE SERVICES
MAE3013 CORPORATE TAXATION AND ZAKAT
MFA3033 CORPORATE FINANCIAL MANAGEMENT
MGA2013 FIQH MUAMALAT I
Moga ALLAH permudahkan semuanya... Selamat berjuang sahabat2ku... Semoga ALLAH memberkatimu.. Salam ukuwah dan salam sayang..=)
P/s: Jangan melihat yg lebih tggi dr kita,nnt kurang bersyukur..
No comments:
Post a Comment