>

My Cheerful Blogger =)

Monday, November 26, 2012

_Ubat Hati_

Assalamualaikum.. ^_^
Senyum dulu sebelum baca.. =)


Ana ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengubat hati kita.. Setiap penyakit itu ada penawarnya insyaALLAH.. jika kita terasa hati kita telah lalai dengan sesuatu, alpa dalam menunaikan perintahNYA, maka apa yang perlu kita lakukan untuk pulihkan kembali?? Alhamdulillah ana terjumpa sebuah buku semasa ana berjalan-jalan di Cfest USIM kali ke 10.. Selepas belek2, ana pun beli.. Jom kita lihat, bagaimana dan macamana untuk rawat hati kita.. ^_^

1) Membaca Al-Quran sambil meneliti dan berusaha memahami maknanya

2) Mengosongkan perut iaitu berpuasa atau makan secara tidak berlebihan

3) Qiamulail iaitu beribadah di keheningan malam

4) Berdoa dan bermunajat dengan rasa penuh rendah diri pada waktu sahur (sebelum subuh)

5) Sentiasa mendampingi para ulama' yang soleh lagi mulia serta selalu menghadiri majlis-majlis ilmu mereka

6) makan makanan yang halal. ini penting kerana ia adalah asas bagi ubat hati

7) Ber'uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, diam dan tidak berbual kosong ketika bersama mereka.




Source: Ubat hati (Muhammad Afif Bin Yahya Al-Berlisi)

marilah sama-sama memulihkan kembali hati kita..Mudah-mudahan ALLAH dapat lihat ia salah satu usaha kita untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA... Moga ALLAH beri petunjuk pada kita.. Aamiin.. Salam perjuangan dari ana.. =)


P/s: Bersyukurlah kerana masih ada yang ingin memberi nasihat pada kita,jangan sampai satu saat kita leka tanpa disedari..

No comments:

Post a Comment