>

My Cheerful Blogger =)

Friday, January 28, 2011

~pedihnya meninggalkan solat~


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

(-Sekadar untuk renungan bersama..-)

~ayat quran yg telah btku tersentak..~

~ wahai Nabi Muhammad! katakanlah kepada para tawanan perang yang ada di tanganmu, "jika ALLAH mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, nescaya DIA akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah diambil darimu dan DIA akan mengampuni kamu" ALLAH maha pengampun, maha penyayang...~ (surah al-anfal:70)

Sunday, January 23, 2011

~KhabaR yg MengeJutkaN~


khabar yg telah membuatku tersentak....
mesej dari abangku..
"alfatihah utk embah yg telah meninggal dunia baru tadi"
aku terkejut yg amat....aku terus telefon mak....aku dengar suara mak pun dah tak tentu arah..
masyaALLAH..hanya kepada-MU setiap mahluk dikembalikan...
aku terduduk sebentar.muhasabah diri...
akak aku amek aku..dia dari uia Gombak..sampai usim dlm kul12...
sampai rumah kak uteh, kul3.30 a.m...
tidur dlm bpe2 jam saja....
bangun subuh & siap2 nak bertolak ke Tenggaruh umah cik mel...
sampai d sana, jenazah tengah dikapankan..
abah suruh buat penghormatan terakhir...
masyaALLAH...subhanaALLAH...
1st time berhadapan dengan jenazah...
aku cium dahinya...terasa sejuk sangat....1st time jgk...
xbrape lame lps 2...airmata ni jatuh berlinangan......
kucuba tahan...
saat ku dengar abah jadi imam solat jenazah..sekali lagi..dadaku sebak dengar suara abah yg serak & tahan sebak....
dari-NYA kita datang & kepadaNYA jualah kite dikembalikan...
moga almarhumah sentiasa dibawah rahmatNYA.. amin...
seorang lagi makhlukMU telah kau ambil...
berilah keinsafan kepada kami agar sentiasa mgingati kematian...
dunia hanya sementara..akhirat yang kekal selamanya...
kepadaMu aku berserah diri...
berikanlah aku kekuatan untk menempuhi liku2 kehidupan ini..
al-fatihah utk almarhumah nenekku.............

Friday, January 21, 2011

~lirik lagu muhasabah cinta~

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Kupasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru kusadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff

Kata kata cinta terucap indah

Mengalir berdzikir di kidung do’a ku

Sakit yang kurasa biar

Jadi penawar dosaku

*

Butir butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Ilahi......Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff

Back to *

Repeat Reff 2x

~saat pemergianmu...~

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang
amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?"- "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang
menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi
yang mengasihmu diakhirat.

Sunday, January 16, 2011

Warkah ke syurga

Edcoustic - Muhasabah Cinta

Doa Seorang Kekasih - In Team

الدعاء سلاح المؤمن

~Doa agar diterima AmalaN~

ربنا تقبل منا انك أنت السميع العليم

maksudnya: wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(surah albaqarah:127)




~Doa MoHoN KetEguHan IMAN~

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على ديني

maksudnya: ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku kepada agama-Mu.
(Riwayat Ahmad no.315, al-Tirmizi n0.3522,dianggap sohih oleh al-Haithami)



~Doa MeMoHon PerTolongan seMasa MenGhadaPi MusUH~

ربنا اغفرلنا ذنوبنا واسرافنا فى أمرنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكفرين

maksudnya: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. ( Surah Ali-'Imran:147)

Friday, January 14, 2011

~Driver??~


assalamualaikum..huhu..=) at friday..
i fell so suprised n all praise to ALLAH bcoz...i'm became a driver to went to alamanda Putrajaya..
fuh...at 1st time when my frenz ask to me drive the car... i dont believe at myself..
why???
it is because.. i havent experienced to drive car at highway..or the placed busy..
hmm..but they make me confident..hmm..'wt pe de lesen tp xgne kn..huhu'
in this morning..we waited the car that we want to rent today...
half an hour we waited..huhu
but......
our expectation about the car,maybe kancil or kelisa or so on..
but..you know??? the car not comfortable..
the 'stereng' hard...huhu..
the brake..hmm.. i dont know how to say...
i fell nervous when when i want to parking un the alamanda...
ish3.... its a new experienced to me...
but..all our journey alhamdulilah...
at 5.00pm..we arrived at KK1....
fuh..so release...!!! (^_^)


Sunday, January 9, 2011

~My HeaRt~


hati?? ada ape dgn hati..
lecturer cakap, mana letaknya hati?
hati itulah jantung sebenarnya...
jiwaku??
terasa sayu?
ku serahkan cinta dan kasihku pada Ilahi...
utk mencari keredhaanMU ya RABBI...
ubatilah hatiku yg rasanya agak terluka...
berilah ku berita gembiraMU agar aku terus teguh dan tetap pada jalanMU...
bantulah aku menjalani liku-liku kehidupan ini..
cucikanlah hatiku ya ALLAH...
ku amat yakin dengan smua taqdir yg KAU telah tetapkan...
beriku semangat agar aku terus berbakti pada semua makhluk...
biar....biar jiwa merana..biar hati terkedu..
kecik hati??
layak ke kite utk berkecil hati??
muhasabahlah diri kite..
aku tahu..ALLAH sedang berbicara padaku..sedang mengujiku..
aku yakin..ALLAH sgt menyayangiku...
alhamdulilah..terasa matang dlm pemikiran..
trima kasih pd insan2 yg sudi mencurahkn kasih syg kepadaku..
terasa diri sgt dihargai...
syukran awi2...
ingatlah kita lebih kenal dri kita..tp walaubagaimanapun.. ALLAH tetap lebih mengenali luaran n dalaman kita...jgn kte sombong pada nikmat yg telah diberi..
ya ALLAH..aku sgt2 Bersyukur pd MU....
aku bersujud padamu..utk menyerahkn diri n jiwaku..kembali pd FITRAH yg sebenar...
alhamdulilah.. aku msh diberi nikmat iman...
hanya padamu ku berserah dan bertawakal...=)

Saturday, January 8, 2011

~renungan~

Assalamualaikum…

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…

” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “

” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran

“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..

Sedih kan???

Kenapa gelak, tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam..

Sumber : Pesanan ikhlas dari seorang kawan

~email dr teman.~

Kau Memang Ahli Neraka?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.

” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis:

Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?
Pemuda : MaafNYA lebih besar.
Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!”
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan.
Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”

Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.

Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:

“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”

“Kau memang layak masuk neraka!”

Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka….wallahualam….

Tuesday, January 4, 2011

~start with new spirit in 2nd sem..=) ~


3rd january 2011..??
i had de class at 11 am...it was principles of accounting...
she introduce about herself n give the rules in her class..huhu

1: dont came late
2: dont bring blank paper and copy de answer with frenz..
3: dont shows that u're intelligent and dont want to study
4: silent mode in ur phone..but if want to answer the phone..u must answer at outside

remember that k..=)..
so..i should study smart n work hard to get more knowledge n apply the knowledge in future life..insyaALLAH... =)

asmaa..dont lazy2 k...
u must work hard to get ur dream n give happiness to abh n mak...
start ur education with AL-FATIHAH...
all the tests that u will get in future, u must matured to face the problem k...
لا يكلف الله نفسا الا وسعها~
(^_^)

Saturday, January 1, 2011

~1st January 2011~

guess!!!
what we do in the morning 1st january,,,??huhu
before i start tell our activites,,,huhu

29th december: come back to nilam
30th december: exodus to KK1 in usim
31th december: went to nilai3 n giant with?? huda,marly,syalid,niah,aikah,bella n k.di..=)

ok...my feeling at 1st time see my room at KK1..i'm very hepi...huhu
bcoz i'm de 1st person tht enter this room..n i got the best port,,huhu
such as..my bed is at bottom in double dacker bed..huhu..~alhamdulilah..~
got best table,near at plag..he3...
although very tired to tide my room n locker..but i'm very satisfied...=) alhamdulilah..
'ALLAH memudhkn sgala urusan..'

at 31th??huhu
1st night in KK1? whts feeling?huhu
hmm..in night..suddenly..black out??
owh no!!!
very not comfortable to sleep..huhu..
in the morning..we went to nilai with the cloth not iron???
huhu..whats?huhu
we shopping together..=)
we bought 'ampai'...huhu..not bad r..we share 6people at 1 'ampai..'..
ok r..finish about the story at 31th..

let we open de new book..
1st day at 2011..
huhu..
we??? who? me.huda,marliana n syalid...go to pavillion at 7am..he3
we play at pavillion..n joging...exercise our body!!he3..
after this..we absolutely want to pavilion at free time..=)..
very fantastic n bravo..kih3..

*new spirit to enter sem2 at this monday..=)
u can do it dear..=)
hopefully our life will colourful n happiness in this year...
improve positive n critical n critis thinking..=)



~ 2011... ~


2011??
new year coming finally...=)
so..all the people always ask..
~ what ur determination? in new year?? ~
huhu..
n absolutely ur determination is very high n full of hope..ur determination become true in this year..
but....sometimes our determination not able 2 achieve...bcoz what??

1: ur strength not alwayz high...at the middle year..smetimes..our strength decrease compare in the new year..=)
2: u forget ur determination n focus at something else..
3: ur determination is very high n difficult to achieve it..
4: ur self-confidence sometimes increase n decrease..like temperature..huhu

so.... whatever ur determination....
u must focus n confidence to get the best in ur life...
continue ur beautiful life,,,
straight 4ward..dont belok2!!he3..

ok...let me tell u..whats my determination..huhu
1: all in my life...obey to ALLAH n RASUl n my parents...
2: improve myself..to be a better person..
3: study smart to give happiness to my family..=)

hopefully...i would able to face all the tests that will coming..huhu..
all the happen..absolutely have de 'hikmah'...=).
~ fast n fast.. ~ =)
Gudluck 4 all my frenz...=)
اجتهاد ولا تكسل....