Sobahul khair…. Assalamualaikum semua… bagaimana iman anda hari ni? Adakah bertambah mantap atau sebaliknya? Sama2lah renung2kan bersama ye…^_^… Alhamdulilah ana berasa sungguh berbesar hati ingin berkongsi 1 pengalaman.. pada 24 mac 2011.. Usim telah menjemput IMAM MUDA ASYRAF untuk menjadi panel dalam sebuah diskusi ilmiah bersama pensyarah FSU, DR YASMIN…Tajuk diskusi ilmiah itu “di mana batasan kita”.. apa yg anda akan fikir dengan tajuk di atas?? Sememangnya mereka membincangkan tentang batasan aurat lelaki dan perempuan…
Sabda Rasulullah S.A.W:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian begaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian (riwayat muslim)
masyaALLAH.. mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan tersebut….amin…
4 perkara yang perlu lelaki jaga:
1) Menjaga pendangan
2) Menjaga maruah
3) Menjaga kemaluan
4) Menjaga aurat
4perkara yang perlu perempuan jaga:
1) Menjaga pendangan
2) Menjaga kemaluan
3) Melabuhkan tudunng
4) Tidak menghentakkan kaki sehingga ternampak perhiasan dirinya
Selain itu, ramainya wanita di dalam neraka adalah kerana mulutnya:
1) Fitnah dan mangadu domba
2) Tidak bersyukur kepada suaminya
Semoga kita terpelihara dari segala maksiat dan marilah kita berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Amin… بيّن والحلال بيّن"الحرام"
Ingatlah “prevention is better than cure" خير من العلاجالوقاية"
No comments:
Post a Comment