>

My Cheerful Blogger =)

Sunday, September 8, 2013

Giveaway iceps9!







Assalamualaikum.. 
Jom join this giveaway! Klik di pautan link di gambar ye..
Hadiahnya best2 tau..

Hadiahnya..:

1) 3 Blouse dan 3 Cardigan from Mhouse Blouse
2) Topup RM5 untuk sepuluh orang dari Mieza
3) 1 Halfmoon, 2 Shawl, 1 Pashmina, 1 Golden Bookmark dari Hda
4) 1 Ladies Jaket dari Qalyla Hijab

ICEPS9 = islamic Convention of Entreprenuerships 9
Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-9


Thursday, September 5, 2013

_Zaman kedewasaan menjengah.. _


Assalamualaikum.. =)

Alhamdulillah di luar hujan turun renyai2,memberi peluang ana mencoret di sini.. Alhamdulillah ALLAH masih beri nikmat iman dan kesihatan...Moga dengan nikmat ini, kita semua akan lebih dekat kepadaNYA.. ^_^

ha.. pasti kalian tertanya2, apa maksud tajuk yang di 'highlight' kan? 
Sejak kebelakangan ini, ana sering melalui pengalaman yang sebelum ini jarang2 sekali diperkatakan atau dipertanyakan atau dibincangkan.. maka ana terasa inilah zaman kedewasaan bakal ditempuh.. bagaimana kita menguruskannya dan menjadikan zaman kedewasaan kita tidak sia2 dan indah.. =)

Seringkali bila ana jumpa dengan orang2 kampung especially makcik2, pasti terlontar soalan sebegini..

A: Asmaa ni kat mana sekarang? Dah habis belajar belum? ke sudah bekerja?
B: ha...yang ni bila lagi ni?? 
C: Anak ke berapa? adik beradik berapa orang? 
D: sudah ada calon belum?

dan bermacam2 lagi persoalan.. =)
Ana terfikir, sebelum ni tak ada pun soalan2 sebegini..hehe ini bermakna ana sudah menjengah alam kedewasaan.. cepat sangat masa berlalu.. dulunya perkara seperti calon atau jodoh ini susah diketengahkan, sekarang agak mudah diperkatakan.. hehe.. 

Begitulah prosess kehidupan kita.. ALLAH sudah atur apa yang terbaik buat kita.. ada orang dapat kahwin muda..kita masih sendirian...ada orang sudah berkerjaya..kita masih dalam suasana pembelajaran.. ada orang masalah tak pernah habis..kita bahagia.. ada orang ibu bapanya sporting.. itu namanya apa? itu namanya REZEKI.. ALLAH tahu apa nak bagi pada setiap hamba-hambanya.. 
Seringkali, kita memandang mereka yang di atas sampai berasa, mengapa aku tak seperti dia? mengapa begini nasibku? 
Nasib kita ni berbeza dengan orang lain, cuma usaha kita untuk prbaiki kehidupan kita tu bagaimana akan menentukan nikmat dariNYA akan ditambah atau dikurangkan..
jadi bagaimana? jadilah hamba yg bersyukur.. Moga dengan kesyukuran kita walau hanya sedikit nikmat yang diberi, ia menjadikan kita lebih bersifat qanaah... =)

Zaman kedewasaan sangat membimbangkan, kerana generasi sekarang ni sudah terdedah dengan pelbagai medium elektronik, sama ada digunakan dgn sebaiknya atau sebaliknya.. Maka, ana menyeru jadilah insan yang sedia berbakti pd keluarga dan masyarakat, kerana dunia sekarang ini sangat perlukan cerdik pandai, kerahan tenaga dari generasi muda... Moga zaman keremajaan dan zaman kedewasaan kita mematangkan diri kita dan melakar kenangan indah dalm proses learning menjadi productive muslim...

P/S: Alhamdulillah ana bakal melalui semester 7, semester terakhir di usim sebelum praktikal tahun depan insyaALLAH.. Moga ana beroleh kejayaan dan kenangan terindah di USIM.. aamin..




Sunday, July 14, 2013

_Ramadhan datang lagi_


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434.. =)

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan kali ini.. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada NYA kerana diberi kesihatan dan kenikmatan menikmati bulan baraqah ini..

Ramadhan kali ini,ana dapat berpuasa bersama ayahanda dan bonda di kampung.. Alhamdulillah sudah 2 tahun berpuasa di kampung halaman.. =) Tahun depan tak pasti lagi dapat bersama mereka atau tidak kerana akan menghadapi latihan industri insyaALLAH.. =)

Sesungguhnya Ramadhan ini permulaannya adalah rahmat dari ALLAH, pertengahannya adalah keampunan dari ALLAH dan pengakhirannya adalah kelepasan dari azab api neraka.. Mari teman2 kita buru tawaran mega ramadhan kali ini..kerana kita tak pasti masih berpeluangkah beribadah di bulan ramadhan ini..  

Pernah tak rasa pengalaman di bulan ramadhan? kadang-kadang kita teringin nak makan sesuatu ni masa berbuka, tapi mungkin sekadar berkata pada diri sendiri atau lintasan hati.. tapi rezeki yang tidak disangka akan dapat juga masa berbuka... Alhamdulillah.. =)

Jom kita berdoa banyak2 agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. bulan ramadhan ni bulan untuk kita islah dan tarbiyah diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. kalau bukan bulan ni bila lagi kita nak berubah kan? doakan ana juga ye.. Jom upgrade iman kita! =)


Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar”. (HR Imam Ibn Majah)






P/s: Jangan malas2 solat terawih ye.. kita solat terawih hanya sekali dalam setahun..
Mood: rindu nak solat terawih di Masjid Sultan Abu Bakar JB sebelah maahad johor.


Tuesday, June 4, 2013

Yea! Dapat Doodle eksklusif!

Comelnya this doodle.. walaupun nama kurang satu huruf.. tapi da cukup suka da.. thanks a lot! =)

Tuesday, May 28, 2013

_GA DOODLES EKLUSIF_


Saya sangat teringin doodle eklusif nie.. =)
saya nak 
tudung : warna hijau pucuk pisang, 
cawan : warna purple

_Pengalaman mengajar erti kehidupan_ Part 2


Assalamualaikum semua...=)

Ok, Terus nak mencoret kisah di minggu kedua menjadi fasilitator..
Kali ni, ana yang drive ke sana dengan menggunakan kereta anis.. terima kasih anis sebab percayakan ana.. Memabg agak kekok membawa kereta orang, tapi demi ilmu dan pengalaman ana gagahkan diri ana teruskan perjalanan walaupun banyak kali mati di jalan..huhu.. jangan gelak tau, kereta anis tu kena tekan minyak je, tapi ana takut2 sebab bunyinya nanti mengaum.. he2..

alhamdulillah sampai di sana jam 5 petang, tak sesat lagi sebab aysyah da pernah pergi Hulu Langat tu. Minggu ni pelajar seramai 74 orang sahaja.. oklah, lagipun fasilitator tak ramai berbanding mggu lepas.. Alhamdulillah minggu ni (24-26 Mei 2013), pelajarnya bijak2 belaka. ada seorang je yang darjah 4, dia masih tak pandai nak membaca..

Modul tetap sama seperti apa yang ana cerita masa part 1,. Ok, nak cerita pengalaman ana berdrama masa sesi muhasabah diri.. Sesi muhasabah diri atau recall ni, dibuat macam ni, fasi akan panggil adik2 yang dah di aim dari hari pertama lagi, cari salah mereka dan malam tu marah adik2 tu.. dan sebahagian fasi akan jadi back up adik2.. Ana terkena sekali kerana ana membenarkan adik2 tu pergi ke bilik untuk ambil wuduk. Pergaduhan kami seperti berikut:

Abg Fit: Siapa yang benarkan awak semua pergi ambil wuduk kat atas? kat bilik? siap baring2 lagi??
adik2: Kak Asmaa
ana: kan hujan tadi...
Abg Fit: Ala, hujan sikit je
ana: habis tu, kalau adik2 demam  macamana??
Abg Bukh: ha, kau nak tanggung ke kalau apa2 terjadi pada diorang?
Abg Fit: Manjakan sangtlah budak2 ni..

Lepas tu, ana bertekak juga dengan abg Riz, sebab dia mula nk marah sampai pegang muka adik2 tu, Abg Riz pergi kat seorg adik P,
Abg Riz: Ha, Kau petang tadi renjis aku dengan air kan? kurang ajar nya
ana: Abg Rizm dia nak bergurau lah tu
Abg Riz: Bergurau apa kalau macam tu??
ana: Habis tu, apa yang diorang buat semua salah? tak ada yang betullah cam tu??
Abg Riz: Dahlah...

Lepas tu, da mula kedengaran adik2 yang tersedu.. Kak Fariza jalankan tugas dengan baling kunci dan "Keluarlah semua fasi, akak dah tak nak tengok muka korang"
kami pun keluar....
di luar, kami gelak2 dan tunggu adegan seterusnya.. adik2 keluar mencari abg2 fasi dan kakak2 fasi sambil menangis2..

adik: akak..janganlah balik kak...
ana: kalau akaq2 tak balik, apa janji awak pada akq?
adik: saya akan ikut cakap akaq2..
ana: awak seorang je yang nak ikut cakap, tapi kwn2 awk mesti tak nak kan? Kalau awak betul nak kami duduk di sini, awk panggil kwn2 awk supy pujuk kami..

adik tu pun kembali ke dewan dan ramai2 keluar dewan datang pada kami meminta maaf sambil menangis... ana tersentuh dengan pelukan adik2 dan tangisan adik2 menyebabkan akak pun menangis.. Alhamdulillah, moga ALLAH redha atas apa yang kami lakukan...

Untuk Fasilitator yang ana kenal dari minggu lepas dan minggu ni, ana berterima kasih sangat pada kalian yang tak pernah menganggap kami ni orang luar, memang terasa seperti 1 family.. sangat rindu dengan gelak tawa bersama dan sangat bertuah terpilih menjadi fasilitator walaupun bukanlah hebat mana.. Namun, perlu banyak belajar lagi... =)

 Adik2 yang sporting
 adik2 group ina
Adik2 group kak Lina
 Adik2 group ana.. =) Sayang korang
Ni Surau An-Nur bangi, tempat TGHarun Din selalu berkhutbah



P/s: Pengalaman tu tak boleh beli di mana2 melainkan kita sendiri yang melaluinya.. So, jangan takut dan malu jika ingin pengalaman yang berharga.. =)



_Pengalaman mengajar erti kehidupan_ Part 1


Assalamualaikum semua... =)

hari ni rasa ingin mencoret kenangan dan pengalaman selama 2 minggu ni.. 
Alhamdulillah diri ini terpilih untuk mengikuti kem pemantapan diri bagi pelajar asnaf zakat Selangor.. bukan sebagai peserta, tapi sebagai fasilitator... =)

Bermula perjalanan ana pada hari jumaat 17hb Mei 2013 ke Lembah Azuwen, Hulu Langat..
Kami dibekalkan peta untuk ke sana.. huhu.. Namun, kami telah tersesat sebab Ust tersalah bg laluan, tapi kami survive juga untuk cari jalan keluar dan akhirnya alhamdulillah sampai pada jam 10PM (padahal bertolak jam 6 PM)

Terasa malu + segan menyelubungi diri kami... Namun, tekad mesti dibulatkan, datang untuk apa? kalau segan, rasanya tak jadi apa pun, ye tak? he2. 
Ana terasa tenang bersama adik2 darjah lima.. kerana mereka sangat aktif dan sangat suka bertanya... lagi satu mereka ni walau agak susah nak kawal tapi boleh dengar cakap..

Progam dimulakan dengan ujian 3M, Mengira, Menulis dan Membaca.. mereka diberi tugasan untuk menyiapkan latihan yang diberi dan membaca didepan fasi untuk memberi markah. ada di antara mereka yang membaca sangat lancar, ada di antara mereka yang masih tidak tahu membaca. Seterusnya, mengisi borang biodata diri mereka.. 

Pada keesokan harinya, mereka bangun qiammulail, riadah pagi, dan mula sesi kuliah.. he2. bukanlah kuliah seperti di sekolah tapi apa yang disampaikan seperti teknik belajar, rahsia personaliti melalui tarikh lahir, teknik mengingat, teknik membuat peta minda dan sebagainya. 

Pada sesi petang pula, mereka berexplorace di sekitar lembah azuwen, namun pengisian dia masih berbentuk ilmiah, seperti azan dan iqamah, berwuduk, tayammum, bacaan dalam solat dan doa. mereka sangat bertenaga.. =)
 Pada sesi malam, Sesi burung hantu (Night walk).. ada di antara mereka yang takut dan menangis bila tutup mata dengan kain.. Pengalaman ana, bila seorang adik ni jatuh di tangan ana sendiri, gulpp... panik juga rasa, namun ada abg fasi dan Ust yang cuba menyedarkan adik Fareeza ni.. Alhamdulillah. dia terlalu takut.. bila ditanya kenapa boleh pengsan? dia cakap, saya takut, ada orang nak tarik saya pegi tempat lain.. padahal ana yang tarik dia.. he2.. selepas itu, sesi muhasabah diri.. =)

Bagi ana, pengalaman sebegini tidak akan dapat kalau kita tak menyertai program macam ni, program ni bukan sahaja mentarbuyah adik2, tetapi mentarbiyah ana juga.. Moga ia bermanfaat pada diri kami semua.. dan moga ALLAH redha.

Untuk adik2..
akak rindu awak semua.. serius.. kenakalan awak tu kadangkala membuat agak terhibur, kerana mungkin semasa akaq kecil dulu, akaq juga seperti kamu semua... kami cuma ingin menolong adik2 menjadi yang lebih baik dan berjaya... Bila dah berjaya, kalau masih ingat akaq, tegurlah ye... =)

 ok nilah peta yang dibekalkan pada kami.. =)

 adik2 yang aktif
 kak ana memberi arahan, dia memang versatile
 adik ni cakap, akak ni comellah. **malunya**
 Focus
 Bersama Abg Ridz pengarah program (kelakar orangnya)
 sesi night walk
 adik2 kumpulan 2
eh, yang ni xingat kenapa mereka pandang belakang. he2


P/s: Tunggu part 2....  mggu kedua ana bersama sehening embun bisnes.. =)



Wednesday, May 15, 2013

Segmen Lucky Draw by dyanzakhi,nabielabiela





Assalamualaikum..

Moga2 sihat2 selalu! ana mencuba join segmen nie..tgk hadiah pun macam menarik je.. so,apa menariknya?

Ok,jom kawan2 cuba this segmen.. ikut step dia... klik SINI!!

Ok, nak bagitahu hadiah yang ditawarkan... ^_^

Wang tunai RM50 x sorang
keychain felt (eg: reben, owl,name) x 5 org
brooch felt (eg: bunge) x 6 orang
Topup RM3 x 6 org
Topup RM5 x 11 org
Topup RM10 x 3 org
baucer diskaun 10% pembelian di page 3 org
baby headband x sorang
ubat resdung x sorang

Tarikh tamat :28 MEI 2013

Jom2 ! ^_^

Sunday, April 28, 2013

_Hati itu milikNYA.. =) _


Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah.. =) Sihat2 kah semua? 

Ana termenung, terpaku memandang langit indah..
terasa sayu mencengkam jiwa..
tersenyum memandang ke langit...
berkata pada diri sendiri...
Jika manusia meninggalkan kita, atau kita dalam keadaan bersendirian, kita tetap ditemani selalu..
Siapakah yang tidak jemu-jemu menemani kita? walau dalam keadaan susah dan senang?
pastinya teman-teman mengetahuinya..
ALLAH..
sentiasa bersama kita, namun seringkali kita alpa... kita lalai.. kita lupa...
Hati ini dipegang olehNYA..
jadi, berdoalah agar hati kita tidak dibolak balikkan bila kita sudah berada di jalan yg benar..

"ÙŠَامُÙ‚َÙ„ِّبَ الْÙ‚ُÙ„ُÙˆْبِ Ø«َبِّتْ Ù‚َÙ„ْبِÙŠْ عَلى دِÙŠْÙ†ِÙƒَ "
"Wahai ALLAH yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu"
Justeru teman,.. 
Ayuh kita bangkit bersama..
berpegangan tangan bergandingan bersama..
menuju jalan yg diredhaiNYA..

Tidak mampu berubah sekaligus, berubahlah peringkat demi peringkat agar diri kita istiqomah pada jalanNYA... 


P/s: Jangan terlalu bersendirian melayan perasaan, kerana pasti dan pasti syaitan akan membisikkan perkara yg sia-sia.. melainkan bersendirian di tikar sejadah.. =)






Wednesday, April 24, 2013

_Kisah Seorang hamba ALLAH_

Dia tersedar dari kelekaan,
tersedar dari kelalaian..
Dia menangis tanpa henti..
airmatanya tanpa rasa lelah jatuh dan terus jatuh..
Dia memegang dadanya, terasa pedih, perit menanggung rasa perasaan itu..
Dia menangis di suatu sudut sehingga mengeluarkan esakan2 yang sebelum ni sangat jarang Dia menangis sehingga sebegitu rupa...

Dia mula berkira2 ingin memberi pesanan ringkas dan memerlukan seseorang utk menenangkannya...
satu demi satu temannya Dia hubungi,namun tiada respons......
Dia gagahkan diri bersihkan diri dan mula bersolat......
Setiap rakaat airmata masih lagi laju membasahi tikar sejadah itu..
sampai sujud terakhir... lama di situ.....
mengadu... betapa peritnya rasa itu..
betapa payahnya menanggung kepayahan itu..
betapa mengenang dosa2 yang lalu..
adakah masih mampu diterima olehNYA??
masih mampu meminta padaNYA..
diberi kekuatan,
diberi hati yang baru,
diberi sifat istiqomah,
diberi kasih sayang hanya daripadaNYA...

Lamaa.... Dia merenung di tikar sejadah usai menunaikan solat sunat..
muhasabah dirinya..
betapa ALLAH rindu pada rintihan dia..
betapa ALLAH sayang padanya memberi hidayah dan peringatan..
betapa ALLAH ingin menguji Dia...

Malam itu.. selepas solat.. Dia bertadabbur...
Tiba2 hati sayu dan menitik lagi..
seperti ALLAH memberinya jawapan..memberinya keyakinan...memberi peringatan..

Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. (35:5)

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (35:6)

Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? maka sesungguhnya Allah menyesatkan bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (35:8)

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lohmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. (35:11)

Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. (35:15)

Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikit pun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barang siapa yang menyucikan dirinya, sesungguhnya ia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah kembali (mu). (35:18)

Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (35:34)

Dalam surah Fathir yg dibacanya memberi seribu makna padanya.. 
ALLAH maha besar... Dia bersyukur kerana masih dipilih untuk di tarbiyah..
Namun, yang Dia takutkan... Bagimana ingin terus beristiqomah??
Dia perlu mencari jalan...
Dia harus melihat ke hadapan dan berdoa + usaha agar dirinya menjadi lebih baik dari sebelumnya...
Doakan teman-teman sekalian.... 
agar Dia terus kekal dalam perubahan itu.. 
agar Dia kuat dalam menjalani kehidupan akan datang.. 
agar Dia dapat menjaga hatinya..
agar Dia dapat menghalang godaan syaitan..

Ya ALLAH..Hatinya dipegang olehMU.. Bantulah Dia...

agar dengan petunjuk yang diberi, akan bertambahlah hamba-hambaMU yang sentiasa ingat padaMU dan tidak mengingkari laranganMU... aamiin..





Wednesday, March 27, 2013

_Titipan2 Insan_

Assalamualaikum... =)

Di sini tak nak banyak cakap,just nk menyimpan ayat2 atau titipan insan2 yang pernah memberi semangat dan sumber kekuatan diri.. so,, enjoy! =)

1) Kita datang ke dunia dengan 3 maksud:

  •  ibadah kepada Allah
  • amanah
  • sebagai khalifah di muka bumi
2) Jaga solat awal waktu, nantikan kehidupan yang lebih berkualiti.. =)

3) 1 hadis nabi bagitahu, suasana syurga seperti terbit fajar hingga naik matahari (Ya ALLAH indahnya!)

4) Saat ini andai ALLAH ingin memakbulkan permintaan, pasti ku pinta seorang isteri moga dengannya aku terbebas dari cengkaman nafsu dan menjadi sempurna akalku..

5) Sometimes bila kita rasa diri kita teruk, bagus untuk kita.. Sometimes bila kita disayangi, di manjai, we are lost from reality...

6) Hidup ni pelbagai onak duri dan cabaran yang kena kita harungi, binalah jati diri, dunia tak ada tempat bagi orang yang tidak mahu bersaing. Setiap bangsa berlumba2, pesaing kita bukan orang melayu sahaja tapi setiap bangsa dan kaum dari seluruh dunia. Siapa lemah dan malas nak bantu diri sendiri, dia akan tertinggal di belakang. Hargai masamu!

7) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan (imam ghazali)

8) Sahabat, kadangkala aku dahagakan perhatianmu hingga mengabaikan keperluanmu. kadangkala ku pinta masa bicara hingga mencuri kelapangan masamu.. seringkali aku pinta kau mengerti sedangkan aku tidak berusaha memahami dirimu.. seringkali aku pinta kesempurnaanmu hingga lupa aku juga ada kekurangan.. 
semusim ukhuwah kita..terlalu banyak hempedu yang telah kau telan.. maafkan aku sahabat andai melakarkan warna pudar dalam hidupmu.. Moga pelangi ukhuwah menyemai cinta pada ALLAH...

9) Kejayaan bukan 1 destinasi, tapi ia adalah 1 perjalanan, semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi.. ianya tiada berpenghujung.. "kekuatan tidak dtg dari fizikal tapi ianya dtg dari semangat yg xpernah mengalah..."

10) bersyukurlah pd org yang menyakiti kamu, kerana dialah yg menabahkan kamu..
bersyukurlah pd org yg tak mengendahkan kamu, kerana dialah yg memupukmu berdikari,
bersyukurlah org yg menjatuhkan kamu, kerana dialah yg memperhebatkan kemampuan kamu,
bersyukurlah pd org yg kenakan kamau, kerana dielah yg menguji kesabaran dan ketabahanmu.. =)


Monday, February 18, 2013

_Tika Sendirian_




~Titipan Tika Sendirian~

Damai suasana mencengkam jiwa..
Angin sepoi-sepoi bahasa mengalun tumbuhan cinptaan-NYA
Terpegun seketika melihat rintik2 hujan berguguran..
Setitik demi titik air jernih berlinang..

Mengapakah?
Mengenang betapa kerdil diri ini
Berjalan menunduk ke bumi..
Mata memandang tiap kenikmatan yg diberiNYA...

Seharum bunga di taman
Sudikah kalian sama2 melihat kehijauan saujana pemandangan...
Warna warni memikat hati...

Terasa malu bila melihat makhluk-NYA mentaati..
Istiqomah dalam beramal..
Semoga diberi kekuatan..
Melawan Nafsu diri yang mencengkam...
Moga ALLAH merahmati insan ini dan membantu diri ini kuat..








Wednesday, January 2, 2013

_Medan Jihad Sebenar_


Assalamualaikum.. alhamdulillah ana rasa terpanggil utk membuat entry baru walau dalam kesibukan menelaah pelajaran utk menghadapi final exam.. ^_^
Moga kalian sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNYA... Selama mana kita masih dapat membuka mata kembali setelah tidur di malam hari,selagi itulah kasih dan nikmat yg diberiNYA tidak pernah putus buat kita.. Betul x? =)

ana tidak berhajat utk menulis lebih panjang.. cuma ana terfikir sebentar apakah medan jihad kita yg sebenar? terdiam,terfikir dan terus bertanya diri sendiri.. adakah dewan peperiksaan itu medan jihad yg sebenar? kenapa terlalu takut utk melangkah masuk? kenapa masing2 sibuk membuat persediaan demi persediaan agar bila sudah masuk dalam dewan tersebut,maka lancarlah penulisan kita, dan akhirnya tersenyum puas bila melangkah keluar dari dewan tersebut.. =)

Lumrah dalam kehidupan ini, kita diuji dengan bermacam2 ujian ketika dibangku persekolahan hingga ke akhir waktu di mana kita mengakhiri masa utk menuntut ilmu di institusi pilihan masing2.. ana tidak menafikan sesungguhnya ujian mahupun peperiksaan itu penting bagi mengukur sejauh mana kefahaman diri kita. Namun, masih dalam persoalan yg sama itukah medan jihad yg sebenar?? Terkedu sebentar......

Baik,mari kita lihat ke mana arah tuju kita menuju ke akhirat sana... Medan Jihad yg sebenar bila kita berada di padang mahsyar nanti.. gulp..(tersentak hati) Benar..itulah medan jihad yg sebenar.. jika kita bersenang lenang pada waktu itu,maka kita memberi kebahagiaan yg abadi dalam diri kita... Namun,jika sebaliknya? (telan air liur seketika) tidak mampu diri kita membayangkannya.. Mari kita renung dan tenung,sejauh mana persediaan kita menuju ke akhirat? sama2lah tepuk dada dan tanya iman masing2.. Bagi yg telah mendapat hidayah dan dberi kekuatan utk membuat transformasi diri ke arah lebih baik, beruntunglah dia... Namun,bagi yg hanyut? Kita ni kenalah selitkan doa utk umat islam kita agar ALLAH beri hidayah seluruh alam, agar pengakhiran umat Nabi Muhammad SAW dalam khusnul khotimah... aamiin... Moga kita dapat menghadapi medan jihad yg sebenar dgn aman dan beroleh syafaat dr junjungan Nabi Muhammad SAW. aamiin... (bykkn selawat)..

Berbalik pada medan jihad bagi seorang pelajar,dewan peperiksaan... tidak mengapa usaha keras untuk kejayaan namun harus berpada agar ketaatan kita pd ALLAH masih dijaga dan hubungan sesama manusia juga terpelihara. =) yang penting jaga kesihatan diri ye..

"berusahalah utk duniamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya, dan berusahalh utk akhiratmu seperti kamu akan mati pada esok hari"

Buat teman2 yg sedang hadapi exam mahupun mereka yg akan menduduki peperiksaan, buat yg terbaik ye, niat untuk mencari keredhaan ALLAH.. Semoga ALLAH akan permudahkan segala urusan kalian.. Di kesempatan ini juga,ana ingin memohon maaf salah silap secara sengaja mahupun tidak sengaja. minta doa juga ye agar dipermudahkan urusan ana menghadapi peperiksaan... ^_^ Ma'a Taufiq Wannajah!

My final exam:
5 JAN 2.30PM (SABTU) COMPANY LAW
9 JAN 2.30PM (RABU) CORPORATE TAXATION & ZAKAT 
11JAN (JUMAAT) 9 AM CORPORATE FM & 3PM FIQH MUAMALAT
16 JAN 9AM (RABU) AUDIT&ASSURANCE SERVICE
17 JAN 2.30PM (KHAMIS) ADVANCED ACCOUNTING 1



P/s: Terasa seronok bila melihat teman2 dikelilingi dgn buku2 dan cara pembelajaran masing2.. ^_^