>

My Cheerful Blogger =)

Tuesday, May 28, 2013

_Pengalaman mengajar erti kehidupan_ Part 1


Assalamualaikum semua... =)

hari ni rasa ingin mencoret kenangan dan pengalaman selama 2 minggu ni.. 
Alhamdulillah diri ini terpilih untuk mengikuti kem pemantapan diri bagi pelajar asnaf zakat Selangor.. bukan sebagai peserta, tapi sebagai fasilitator... =)

Bermula perjalanan ana pada hari jumaat 17hb Mei 2013 ke Lembah Azuwen, Hulu Langat..
Kami dibekalkan peta untuk ke sana.. huhu.. Namun, kami telah tersesat sebab Ust tersalah bg laluan, tapi kami survive juga untuk cari jalan keluar dan akhirnya alhamdulillah sampai pada jam 10PM (padahal bertolak jam 6 PM)

Terasa malu + segan menyelubungi diri kami... Namun, tekad mesti dibulatkan, datang untuk apa? kalau segan, rasanya tak jadi apa pun, ye tak? he2. 
Ana terasa tenang bersama adik2 darjah lima.. kerana mereka sangat aktif dan sangat suka bertanya... lagi satu mereka ni walau agak susah nak kawal tapi boleh dengar cakap..

Progam dimulakan dengan ujian 3M, Mengira, Menulis dan Membaca.. mereka diberi tugasan untuk menyiapkan latihan yang diberi dan membaca didepan fasi untuk memberi markah. ada di antara mereka yang membaca sangat lancar, ada di antara mereka yang masih tidak tahu membaca. Seterusnya, mengisi borang biodata diri mereka.. 

Pada keesokan harinya, mereka bangun qiammulail, riadah pagi, dan mula sesi kuliah.. he2. bukanlah kuliah seperti di sekolah tapi apa yang disampaikan seperti teknik belajar, rahsia personaliti melalui tarikh lahir, teknik mengingat, teknik membuat peta minda dan sebagainya. 

Pada sesi petang pula, mereka berexplorace di sekitar lembah azuwen, namun pengisian dia masih berbentuk ilmiah, seperti azan dan iqamah, berwuduk, tayammum, bacaan dalam solat dan doa. mereka sangat bertenaga.. =)
 Pada sesi malam, Sesi burung hantu (Night walk).. ada di antara mereka yang takut dan menangis bila tutup mata dengan kain.. Pengalaman ana, bila seorang adik ni jatuh di tangan ana sendiri, gulpp... panik juga rasa, namun ada abg fasi dan Ust yang cuba menyedarkan adik Fareeza ni.. Alhamdulillah. dia terlalu takut.. bila ditanya kenapa boleh pengsan? dia cakap, saya takut, ada orang nak tarik saya pegi tempat lain.. padahal ana yang tarik dia.. he2.. selepas itu, sesi muhasabah diri.. =)

Bagi ana, pengalaman sebegini tidak akan dapat kalau kita tak menyertai program macam ni, program ni bukan sahaja mentarbuyah adik2, tetapi mentarbiyah ana juga.. Moga ia bermanfaat pada diri kami semua.. dan moga ALLAH redha.

Untuk adik2..
akak rindu awak semua.. serius.. kenakalan awak tu kadangkala membuat agak terhibur, kerana mungkin semasa akaq kecil dulu, akaq juga seperti kamu semua... kami cuma ingin menolong adik2 menjadi yang lebih baik dan berjaya... Bila dah berjaya, kalau masih ingat akaq, tegurlah ye... =)

 ok nilah peta yang dibekalkan pada kami.. =)

 adik2 yang aktif
 kak ana memberi arahan, dia memang versatile
 adik ni cakap, akak ni comellah. **malunya**
 Focus
 Bersama Abg Ridz pengarah program (kelakar orangnya)
 sesi night walk
 adik2 kumpulan 2
eh, yang ni xingat kenapa mereka pandang belakang. he2


P/s: Tunggu part 2....  mggu kedua ana bersama sehening embun bisnes.. =)



No comments:

Post a Comment