>

My Cheerful Blogger =)

Tuesday, May 28, 2013

_Pengalaman mengajar erti kehidupan_ Part 2


Assalamualaikum semua...=)

Ok, Terus nak mencoret kisah di minggu kedua menjadi fasilitator..
Kali ni, ana yang drive ke sana dengan menggunakan kereta anis.. terima kasih anis sebab percayakan ana.. Memabg agak kekok membawa kereta orang, tapi demi ilmu dan pengalaman ana gagahkan diri ana teruskan perjalanan walaupun banyak kali mati di jalan..huhu.. jangan gelak tau, kereta anis tu kena tekan minyak je, tapi ana takut2 sebab bunyinya nanti mengaum.. he2..

alhamdulillah sampai di sana jam 5 petang, tak sesat lagi sebab aysyah da pernah pergi Hulu Langat tu. Minggu ni pelajar seramai 74 orang sahaja.. oklah, lagipun fasilitator tak ramai berbanding mggu lepas.. Alhamdulillah minggu ni (24-26 Mei 2013), pelajarnya bijak2 belaka. ada seorang je yang darjah 4, dia masih tak pandai nak membaca..

Modul tetap sama seperti apa yang ana cerita masa part 1,. Ok, nak cerita pengalaman ana berdrama masa sesi muhasabah diri.. Sesi muhasabah diri atau recall ni, dibuat macam ni, fasi akan panggil adik2 yang dah di aim dari hari pertama lagi, cari salah mereka dan malam tu marah adik2 tu.. dan sebahagian fasi akan jadi back up adik2.. Ana terkena sekali kerana ana membenarkan adik2 tu pergi ke bilik untuk ambil wuduk. Pergaduhan kami seperti berikut:

Abg Fit: Siapa yang benarkan awak semua pergi ambil wuduk kat atas? kat bilik? siap baring2 lagi??
adik2: Kak Asmaa
ana: kan hujan tadi...
Abg Fit: Ala, hujan sikit je
ana: habis tu, kalau adik2 demam  macamana??
Abg Bukh: ha, kau nak tanggung ke kalau apa2 terjadi pada diorang?
Abg Fit: Manjakan sangtlah budak2 ni..

Lepas tu, ana bertekak juga dengan abg Riz, sebab dia mula nk marah sampai pegang muka adik2 tu, Abg Riz pergi kat seorg adik P,
Abg Riz: Ha, Kau petang tadi renjis aku dengan air kan? kurang ajar nya
ana: Abg Rizm dia nak bergurau lah tu
Abg Riz: Bergurau apa kalau macam tu??
ana: Habis tu, apa yang diorang buat semua salah? tak ada yang betullah cam tu??
Abg Riz: Dahlah...

Lepas tu, da mula kedengaran adik2 yang tersedu.. Kak Fariza jalankan tugas dengan baling kunci dan "Keluarlah semua fasi, akak dah tak nak tengok muka korang"
kami pun keluar....
di luar, kami gelak2 dan tunggu adegan seterusnya.. adik2 keluar mencari abg2 fasi dan kakak2 fasi sambil menangis2..

adik: akak..janganlah balik kak...
ana: kalau akaq2 tak balik, apa janji awak pada akq?
adik: saya akan ikut cakap akaq2..
ana: awak seorang je yang nak ikut cakap, tapi kwn2 awk mesti tak nak kan? Kalau awak betul nak kami duduk di sini, awk panggil kwn2 awk supy pujuk kami..

adik tu pun kembali ke dewan dan ramai2 keluar dewan datang pada kami meminta maaf sambil menangis... ana tersentuh dengan pelukan adik2 dan tangisan adik2 menyebabkan akak pun menangis.. Alhamdulillah, moga ALLAH redha atas apa yang kami lakukan...

Untuk Fasilitator yang ana kenal dari minggu lepas dan minggu ni, ana berterima kasih sangat pada kalian yang tak pernah menganggap kami ni orang luar, memang terasa seperti 1 family.. sangat rindu dengan gelak tawa bersama dan sangat bertuah terpilih menjadi fasilitator walaupun bukanlah hebat mana.. Namun, perlu banyak belajar lagi... =)

 Adik2 yang sporting
 adik2 group ina
Adik2 group kak Lina
 Adik2 group ana.. =) Sayang korang
Ni Surau An-Nur bangi, tempat TGHarun Din selalu berkhutbah



P/s: Pengalaman tu tak boleh beli di mana2 melainkan kita sendiri yang melaluinya.. So, jangan takut dan malu jika ingin pengalaman yang berharga.. =)



No comments:

Post a Comment