>

My Cheerful Blogger =)

Monday, May 16, 2011

~يوم المعلمين~


Assalamualaikum teman2 perjuangan…

Sempena hari guru pada hari ini.. sedikit perkongsian yang ingin dibuat…. =)..

16 mei… ada apa dengan tarikh ini? Istimewa sangat ke??

Apabila kita menjejakkan kaki ke sekolah…barulah kita ketahui sejarah dan untuk apa tarikh tu diingati… sedarkah kita…guru kita yang mula2 sekali siapa?? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa kita sendiri… benar…guru tadika yang mengajar kita menulis..membaca..melukis…. namun sedarkah kita…siapa yang mengajar erti kehidupan?..segalanya..bagaimana dan dengan cara apa untuk menjalani kehidupan yang penuh liku-liku….?

Hanya…hanya ibu bapa kita sahaja yang sanggup melayan kerenah kita dan tanpa jemu mengajar walau kita sering terjatuh,tersungkur.. tak mampu rasanya untuk teruskan kehidupan bila badai menimpa… ibu bapalah tonggak kehidupan kita..kita sangat bergantung padanya semasa waktu kecil itu….^_^.. dan apabila mereka telah yakin akan ilmu kehidupan yang sudah di ajari, maka mereka melepaskan kita pada insan yang bergelar guru di sekolah.. sekalung penghargaan buat ibu bapa ku..

~Hj Kasmon Bin Musiran & Hajah Nazzrah Bt Abdullah~

Seterusnya…buat insan yang bernama guru…

Jasa kalian umpama buih di lautan,

Tanpa jemu mencurah bakti,

Betapa mulianya insan yang bergelar guru..

Mengapa kita sering kali terlupa akan mereka…

Namun,percayalah..siapa kita sekarang ini,

Berdiri teguhnya kita pada hari ini..

Hebatnya kita pada hari ini..

Kerana..dengan keberkatan ilmu dan hasil keringat yang tak putus-putus daripada guru..

Kalian tetap terpahat di hati ini..

Ya ALLAH tinggikanlah darjat guru yang ikhlas dalam mencurah ilmunya.. amin…..

~Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara~

No comments:

Post a Comment