>

My Cheerful Blogger =)

Saturday, December 1, 2012

~Cinta??~

Assalamualaikum Cinta..
Waalaikumussalam rindu..

Ana mulakan dengan sesuatu yang menarik pada ana utk dikongsi.. Pernah dengar ungkapan salam sedemikian? kalau pernah jawab dalam hati.. =)

Tajuk entry pada kali ini Cinta??..atau dalam bahasa antarabangsanya Love.. =)  Ana berasa bertuah sekali lagi dapat ke talk yang bertajuk 'ku nanti pemilik tulang rusukku' hasil penyampaian saudara Hilal Asyraf... jika kita renung2kan kembali tajuk talk itu sebenarnya sesuai utk kaum Adam yang masih dalam pencarian teman di sisi.. tapi yang anehnya,yang menbanjiri DKP3 ialah kaum hawa... ^_^..

Alhamdulillah penyampaian Hilal Asyraf sangat memberi impak dan mengajak ana dan semua yg hadir merungkai apa itu definisi cinta.. ana coretkan di sini kerana ana ingin ia kekal segar dan bukan hilang ditelan masa.. =)

Pertamanya,beliau bertanya dari mana kita belajar 'cinta' ni? dari mana? cuba berfikir sejenak? sedar atau tidak kita sebenarnya di ajar dari media2 massa.. kenapa begitu? Sedarkah anda, jalan cerita dalam sesebuah cerita pasti akan terselit kisah cinta di antaranya.. betul tak? kerana apa? kerana utk melariskan.. dan kita terpengaruh dan terjerumus dalam tempat yang tidak sepatutnya...

Seterusnya,beliau bertanya, apakah definisi cinta bagi kamu? apakah cukup sekadar saling menyayangi? baginya, 'Apa2 yang membawa ke syurga itulah cinta, apa2 perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta..' sungguh mendalam ayat2 ini.. =) renung2kanlah teman semua.. moga ia terpelihara.. insyaALLAH..
Beliau berkata juga..jika definisi cinta kita rosak atau tersilap atau kita terleka dek kerana nafsu yang mencengkam,maka perbaikilah ia.. tidak pernah ada masa terlambat utk berubah.. sama2 mengajak si dia utk berubah juga.. mudah2an ALLAH dapat lihat kita ingin berubah ke arah yang lebih baik.. =)

'Iman bukan sekadar kata-kata, bukan sekadar cita-cita tapiia tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal..'

Beliau memberi tips untuk persiapan diri kita:

1: Rohani

'Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.' (Surah At-Tahrim:6)

Kita kenalah jaga diri kita,jaga amalan dan lihat kembali adakah hubungan kita dengan ALLAH baik atau tidak?

'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan'  (Al-Imran:185)

 Tambahan bagi kaum hawa, jangan suka bergosip sangat kerana bahaya gosip2 ni akhirnya akan tersebar cerita yang tidak sepatutnya.. betul kan? =)

Beliau berkata lagi, 'kita tak pasti kita akan kahwin,tapi kita pasti akan mati'.. Maka,persiapan kita tu bukan sekadar utk ke gerbang perkahwinan tetapi untuk menghdapi hidup yg abadii di sana.. Dalam usaha menyiapkan diri utk memiliki dan dimiliki ini kita hendaklah mencari keredhaan ALLAH.. mudah2an ALLAH redha.. Aamiin.. =)

2: Emosi
Pelihara emosi kita. Beliau memberi saranan agar sentiasa mendampingi ilmuan2 dan orang-orang tua yang berpengalaman supaya boleh bertukar-tukar pandangan dan meminta tips2 yang baik dari mereka. selain itu, tambahkan pengetahuan dengan membaca buku. =)
Beliau berkata, Kaum hawa ni suka berkata2 perkara yg tidak penting seperti isterinya yang suka bercerita apa yang berlaku semasa di UIA.. Maka,sebagai seorang lelaki dan suami kenalah saling memahami dan cuba untuk menyenangkan hati kedua2 belah pihak.
untuk tambahan dari ana, kita, sama ada kaum adam atau kaum hawa, boleh membuat kajian bagaimana emosi yang selalu terpamer bagi kaum adam dan kaum hawa.. =)

3: Material
Beliau berkata jangan salah faham,material bukan bermaksud kena kaya. tapi bagaimana daya survive kita dalam kehidupan seharian kita. bagaimana kita dapat menguruskan kewangan dgn baik. berjimat cermat ke tidak.. kerana jika kita masuk ke gerbang perkahwinan bukan bermaksud cinta cukup untuk memberi kehidupan yang baik dalam hidup berkeluarga. justeru itu, persiapkan diri kita.. =)

 ketika penyampaian
 sesi autograf
dapat juga bergambar dengan beliau. ^_^

_Dan kahwinkanlah org bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan org yg soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, ALLAH akan memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-NYA kerana ALLAH maha luas (rahmatnya dan limpah kurnianya) lagi maha mengetahui._ (An-Nuur:32)

Ayuh kawan2 kita pelihara cinta kita... rasa cinta itu lumrah namun perlu dikawal.. =)

P/s: dapat memiliki buku sebelum aku bernikah penulisan Hilal Asyraf

2 comments:

  1. x dpt prgi program ni....da mrncg nk gi,tp trpaksa mngiringi pemergian insan y disygi brtemu dgn cinta sejati n abadi....btw,thanks kt asmaa coz wt entry ni....walaupn x dpt gi,dpt juge pngisian di sini....tq sgt2 asmaa....^^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dapat juga manfaat... moga kita saling ingat-mengingati dalam melayari kehidupan kita...

    ReplyDelete