>

My Cheerful Blogger =)

Monday, May 16, 2011

~يوم المعلمين~


Assalamualaikum teman2 perjuangan…

Sempena hari guru pada hari ini.. sedikit perkongsian yang ingin dibuat…. =)..

16 mei… ada apa dengan tarikh ini? Istimewa sangat ke??

Apabila kita menjejakkan kaki ke sekolah…barulah kita ketahui sejarah dan untuk apa tarikh tu diingati… sedarkah kita…guru kita yang mula2 sekali siapa?? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa kita sendiri… benar…guru tadika yang mengajar kita menulis..membaca..melukis…. namun sedarkah kita…siapa yang mengajar erti kehidupan?..segalanya..bagaimana dan dengan cara apa untuk menjalani kehidupan yang penuh liku-liku….?

Hanya…hanya ibu bapa kita sahaja yang sanggup melayan kerenah kita dan tanpa jemu mengajar walau kita sering terjatuh,tersungkur.. tak mampu rasanya untuk teruskan kehidupan bila badai menimpa… ibu bapalah tonggak kehidupan kita..kita sangat bergantung padanya semasa waktu kecil itu….^_^.. dan apabila mereka telah yakin akan ilmu kehidupan yang sudah di ajari, maka mereka melepaskan kita pada insan yang bergelar guru di sekolah.. sekalung penghargaan buat ibu bapa ku..

~Hj Kasmon Bin Musiran & Hajah Nazzrah Bt Abdullah~

Seterusnya…buat insan yang bernama guru…

Jasa kalian umpama buih di lautan,

Tanpa jemu mencurah bakti,

Betapa mulianya insan yang bergelar guru..

Mengapa kita sering kali terlupa akan mereka…

Namun,percayalah..siapa kita sekarang ini,

Berdiri teguhnya kita pada hari ini..

Hebatnya kita pada hari ini..

Kerana..dengan keberkatan ilmu dan hasil keringat yang tak putus-putus daripada guru..

Kalian tetap terpahat di hati ini..

Ya ALLAH tinggikanlah darjat guru yang ikhlas dalam mencurah ilmunya.. amin…..

~Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara~

~The miracle of Mathematics~


keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Tuesday, May 10, 2011

~10 may 2011~ 5.00 am




Assalamualaikum wahai hati Nurul Asmaa….

Tenanglah wahai hatiku… detik masuk rakaat pertama dalam subuh itu… berderaian airmata jatuh dan terus jatuh…. Hingga jatuh menyembah sejadah.. terasa sayu dan terasa amat sedih.. mengapa ye….tidak mahu berhenti pula manik2 tak bersalah ini?? Terus bergenang air mata ini hingga rakaat terakhir….. aduh…. Sakitnya hati ini….terasa seperti ditusuk2 sembilu ditikam2 dan ditoreh2 dengan belati yang sgt tajam…. Hanya ALLAH yang mengerti apakah rasa jiwa dan raga ni…ya ALLAH aku redha dengan ketentuan yang KAU beri untukku.. aku yakin ia sebagai tanda kasih sayangMU padaku…. Alhamdulilah….. terima kasih ya ALLAH…. Mulanya terasa amat sedih dan kecewa yang amat…. Bila hati terlalu memberi sayang pada yang bukan tempatnya…akhirnya natijahnya diriku jua yang kena tanggung dan harus menerima… andai ini takdirNYA… aku redha ya ALLAH…. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.. aku yakin ALLAH sentiasa ingin yg terbaik untuk hambaNYA… aku yakin ALLAh sangat menyayangi hambanya jika banyak diuji dan terus diuji..lagi2 diuji dengan ujian perasaan….biarlah…dan bagaimanalah…kerana aku tahu ALLAH tengah tarbiyah diriku dan terus ingin aku kembali padaNYA…. Ya Tuhan…ya Rabb….. hambaMU ni sering terleka dan terus lalai dengan kenikmatan demi kenikmatan yang KAU anugerahkan padaku…. Aku amat hormat keputusannya…bijak sekali keputusannya…! Banyak perkara yang aku pelajari darinya… takkan mampu kulupakan hingga akhir hayatku… buatmu…. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perjalanan hidupmu…. Ya ALLAH….jika aku jatuh cinta…. Moga aku jatuh cinta pada insan yang meletakkanMU yang paling atas dalam hidupnya… moga aku jatuh cinta pada agama yang ada padanya….amin ya rabb….

Masih terasa pegangan kejapku pada hati ini untuk merawat luka2 dan hirisan2 yang aku cipta sendiri…. Alhamdulilah mudah2an ia kan pulih…..insyaALLAH..berbekalkan kekuatan yg dikurniakanNYA….=).. ya ALLAH……beriku peluang utk menyimpan sedikit ruang utk aku mengingatinya… mengenalinya kenangan terindah buat diriku ini… masih segar di ingatan bagaimana taqdir ILAHI membuat kami salling mengenali.. terima kasih ya ALLAH.. peliharalah dia dibawah naunganMU ya ALLAH…. Amin….

Jangan bersedih ye wahai hati…. Sesungguhnya besar pahala bagi orang yang bersabar….ان الله معنا!! Jangan gundah gulana ye…pujuk lah hati ini ya ALLAH…=).. moga sakit dan kecewanya hati ni..akan buat aku lebih matang dan terus berfikiran positif.. insyaALLAH…. ~searching mardhotillah~

~Ujian~

Ujian dari Allah s.w.t. ada dua jenis iaitu:

Pertama: Ujian berbentuk Musibah. Ujian ini merupakan suatu bentuk kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia seperti kematian, kehilangan, kemiskinan, kesakitan dan sebagianya.
Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat jalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.


Kedua: Ujian berbentuk Kesenangan. Allah s.w.t. juga turut menguji para hamba-Nya dengan nikmat kesenangan, seperti kekayaan, banyak zuriat, kedudukan, dan sebagainya.

Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t.
Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.