>

My Cheerful Blogger =)

Saturday, February 26, 2011

~Pengisian waktu~


Tarikh 25 Febuari 2011

Bertempat di: surau KK1

Masa: 9pm-11pm

Ana mengahadiri program ‘Dialog Siswa’ anjuran PRU USIM… alhamdulilah..ana dapat input2 yang berguna..walaupun waktu yang diperuntukkan tidak terlalu lama, namun mudah-mudahan dapatlah kesan untuk diri ana sendiri dan teman2 sekumpulan insyaALLAH… (^_^)

Dalam program tersebut, kami dipecahkan dalam 6firqah.. ana termasuk dalam firqah 5 bersama aikah…

kakak fesi yang bernama kak aina dan kak Eja… =) mereka sangat sporting…sayang akq berdua..=)

kami diberi task…..

Debate???

Wah….ana belum pernah ada hibrah untuk berdebat,… namun atas tunjuk ajar kakak fesi..ana cuba juga untuk mencari point..

Tajuk yang diberi ‘zon selesa di USIM’ ana di pihak kerajaan..

Hmm…alhamdulilah.. ana dapat keluarkan hujah2 yang agak bernas walaupun ditentang oleh pihak pembangkang… ana berasa sangat bersyukur kerana terpilih untuk participate program ini… program sebegini mampu meningkatkan soft skills kita sebagai mahasiswa.. malah dapat menyuarakan pendapat kerana sebagai mahasiswa kita telah diberi kebebasan untuk bersuara..

Setujukah anda sebagai mahasiswa USIM sentiasa berada di zon selesa??

Tiada persaingan, menjadikan mahasiswa manja (definisi kak sufi) ??

Bagaimana pendapat kalian?? Zon selesa di Usim bawa lebih banyak kebaikan atau keburukan??

Perdebatan kami hangat apabila hujah pembangkang lebih relevant… sememangnya kita di Usim terlalu mudah untuk menuntut ilmu..banyak kemudahan yang disediakan Usim..perlulah kita gunakan sebaik-baiknya( hujah kak fiza)

Bagi ana, setiap insan mempunyai pelbagai pendapat… justeru, kita perlu perbaiki diri sendiri di samping mengajak teman2 ke arah kebaikan..mudah-mudahan usaha kita ini di redhai ALLAH… ALLAH tengok sejauh mana usaha kita… =)

Di sini nak listkan teman2 1 firqah supaya tidak lupa untuk merapatkan ukhuwah… mereka adalah kak fiza,kak sufi,kak ida dan aikah tidak dilupakan..=) seronok bersama kalian…

Moga kita akan dipertemukan pada masa akan datang. insyaALLAH..

Akhirnya, cabutan bertuah berpihak pada…. Aikah!!! Dapat botol air baru..gantikan botol air lama yang hilang…he3… mabruk ilaiki!!

Friday, February 18, 2011

الاءيثار VS الأنانية~



Salam perjuangan buat teman2 sekalian...
alhamdulilah segala pujian dan limpah rahmatnya...kita masih diberi dua nikmat besar..iaitu???
ya...nikmat IMAN dan ISLAM... nikmat terbesar dalam hidup kita...
mari kita berfikir sejenak...bagaimana dan macamana kehidupan kita tanpa merasai kenikmatan yang terbesar itu?? masyaALLAH... ana berasa bersyukur sangat2...marilah "fastabiqul khairat"..
moga amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t..

mari kita jenguk sedikit tentang 2sifat yg berlawanan...
الاءيثار VS الأنانية
apa yang teman-teman paham dengan kedua-dua sifat ini??

الاءيثار
Ithar dalam bahasa digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain..adakah kita tergolong dalam sifat mampu megutamakan teman kita mahupun sesiapa dalam segala hal?? hal ini dibuktikan dengan penyatuan bangsa kaum muhajirin dan ansar..

firman ALLAH:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(al-hasyr59:9)

seperti mana kita ketahui...semestinya kita terasa susah untul mengaplikasi sifat ini dalam kehidupan kita...namun,,,mari kita sama2 cuba berubah sedikit demi sedikit...kerana sesiapa yang menunaikan impian saudaranya dengan hati yang ikhlas...maka ALLAH akan memberikan 73 ganjaran... 1 ganjaran telah mencukupi kehidupan kita di dunia..manakala 72 ganjaran lagi ALLAH simpan di akhirat kelak...yakinlah pada janji-janji ALLAH...ayuh teman....kita berusaha untuk menyenangkan hati orang lain...
namun...harus diingat, tiada istilah "ithar" dalam ibadah. jadi, jika berdepan dengan situasi, solat misalnya, utamakan diri sendiri dahulu.. (^_^)




الأنانية
bermaksud: sikap dan sifat keakuan atau mementingkan diri sendiri serta berasa megah akan diri sendiri..
kita boleh singkap sejarah dimana orang kafir begitu 'ananniyah' kerana tidak menerima ajaran islam yang syumul..golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka itu. matlamat disisi mereka boleh menghalalkan cara asalkan apa yang digemari nafsu dapat dipenuhi.

firman ALLAH:

لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلا فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْقِلُونَ

"Mereka tiada akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tiada mengerti." (al-hasyr59:14)

maka,janganlah kita bersifat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain... kerana di akhirat kelak,kita akan disoal kembali....sesiapa yang menutup keaiban saudaranya maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak... janganlah kita bersuka ria tapi ada insan yang sedang bersedih hati..cubalah buat berbincang sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak dipersetujui..jangan terus menghukum..setiap insan punya hati dan perasaan...belajarlah bagaimana untuk berkomunikasi dan mengajak kebaikan dengan berhikmah...
renung-renungkan....ana mencuba untuk islah diri ana sendiri disamping ingat-mengingati antara satu sama lain...
~perjuangan itu pahit,,tapi percayalah pengakhirannya pasti manis...(^_^)

Tuesday, February 15, 2011

~Cintai Rasulullah~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah

sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut

kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,

seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. .

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran

paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih

mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah

kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu

kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi

hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih

mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571

Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera

bergajah

Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba

perempuan bapa Rasulullah SAW).

• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali

Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat

untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan

perniagaan..

• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira

(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa

itu.

USIA 20 TAHUN

• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,

jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW

ialah

14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi

pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah

binti Khuwailid Al-Asadiyah.

• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya

yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk

meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk

Makkah.

• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke

tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan

batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar

Al-Siddiq.

• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12

Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim

2. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina

Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,

Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai

aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam

syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi

yang

pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman

dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari

terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat..

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa

marah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli

di bahagian sudut..

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah..

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah

bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur

dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya

lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar

dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan

putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran

sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai

baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh

sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

jadikan RASULULLAH S.A.W sbgai idola kita insyaAllah

WALLAHUA'LAM


Sunday, February 6, 2011

هل هذا صحيح؟


Benarkah..???
jika kita bercakap dalam kadar suara yg lebih tggi dr teman kte..ksh syg akn mudh hilang???
mmg benar,,,,sape yg nk org tggikn suara dr suara kte yg berckpkn??
hatta semestinya setiap insan xmahu kne marah,kne buli..kne disindir...
namun itulah rencah kehidupan...
warna-warni kehidupan..
suka-duka kehidupan...
masam manis kehidupan...

detik demi detik...kte akn terasa...betapa kte ni hnya hamba yg sgt kerdil..
buat ape nk berbangga dgn ssuatu yg mmg bkn milik kite..
dri kte n smua makhluk di dunia ni hnya milik mutlak ALLAH...
knpe ragu2??
yakin...bahawasanya.........ALLAH telah menjanjikan pd hambaNYA yg taat sentiasa kpdNYA...gnjaran besar utknya....

Pengorbanan???
besar mnelah pengorbanan kte,,,yg kte nkkn snjungan dr org??
mengapa??
sifat ikhlas 2..mmg sush sgt utk diresap dlm hati manusia...
ikhlas i2 rahsia ALLAH...hnya DIA yg maha mengetahui...
bila kita melakukan sesuatu atau menolong org lain dgn hrpn mengharap die akn membalas balik pd kite...disitu kita lihat..kita telah mengharap pd mahluk....
sebaaik2 pengharapan hanyalah pdNYA.....
cepat atau lambat sahaja ALLAH akn tunaikan permintaan kite...
bersabarlah wahai ikhwan wa akhawat....
kamu semua insan terpilih menjadi ummat akhir zaman...yg terlalu byk keistimewaan yg telah diberikan pd kite..

justeru>>>
tingkatkan amal dan mutu ibadah kita..agar kita mendapat keredhaan dr NYA..
bialah pd pndgn manusia kita hina..........
tp kite perlu takut n risau... sekiranya tidak mendapat pandangan n rahmat dr ALLAH..nauzubillah.....

marilah teman.....
tenangkn ht dgn bertadabbur quran...
menambah kelazatan iman dgn berzikir kpdNYA...
bersihkan hati dgn mengingati maut.....
maut semakin menghampiri....tiap detik n waktu...kite hmba yg lemah....
maha suci ALLAH yg telah menciptakan kita...
bersama memartabatkan islam....
bersahabat krn ALLAH...
syg kalian krn ALLAH..
bertemu d akhirat sana dengan izin ALLAH... (^_^)