>

My Cheerful Blogger =)

Thursday, September 20, 2012

~My Besday ^_^~


Assalamualaikum Titipan Bicaraku... ^_^

Alhamdulillah masih mampu merasa udara percuma dariNYA.. Bersyukur..
Tanggal 18 September 2012, genap umur ana 21 tahun..Alhamdulillah.. Terima kasih kpd semua yg memberi   ucapan dan doa..ana sangat hargai! bagi ana, ana cukup hargai bila kawan2 ingat pada kita dan tidak lupa utk memberi nasihat pd kita, kerana apa? takut2 sampai satu hari nnt,tak ada sape yg nak nasihatkn kita.. Nauzubillah... Selagi ada yang perihatin dan sedia menasihati kita yg sering alpa, bersyukurlah tanda ALLAH syg kita,tak mahu kita leka dan alpa.. ^_^

Buat teman2 yang meraikan hari lahir ana semalam,ana mengucapkan ribuan terima kasih! Kalian memang membuat ana rasa bahagia dan terharu.. Bergema KFC dgn nyanyian lagu besday dr kalian..
kenangan bersama kalian takkan dilupakan.. ukhuwah fillah till jannah.. aamiin..
Azam---> Ingin islah diri kepada yg lebih baik, cuba istiqomah dgn amalan2 yg dibuat..ingin membahagiakan ibu bapa.. dan selalu fikirkan kesan terhadap perbuatan yg ingin dilalukan.. usaha sehabis yg boleh seterusnya bertawakal padaNYA.. ^_^











 The best actors! =)

My present from them. Thanks all my frenz!

 With my housemate!

P/s: thanks a lot 4 the presents! Books and green turtle! Syg kalian! ^_^


Monday, September 10, 2012

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum...

Sudah lama meninggalkan Titipan Bicara ini..^_^.. kenapa ye? agk2 kenapa? cuba teka..=)
ok, sbb line xkuat di kg utk update..^_^

Baiklah, Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam dan nikmat sihat utk meneruskan pengajian di USIM.. Mari kita menyelusuri sejenak, bagaimana kita dahulu,sehingga sampai ke tahap ini.. Alhamdulillah masuk tahun ketiga di USIM.. Mesti bykkn suka, duka, senang, susah, lapang, sempit, sihat, sakit.. Muhasabah juga adakah kita bertambah ilmunya? Sudah mampukah utk mengahadapi masa depan yg penuh dengan cabaran? kata org,jangan pandang belakang,tapi dr belakanglah jadinya kita sekarang..jika tak lihat ke belakang, macamana nak perbaiki yg akan datang? macamana nak buang sikap yg tak sepatutnya? justeru itu,jeling2lah ke belakang agar kita sedar,masih byk perkara yg kita tak kecapi lagi..betul tak? Ana ingatkan diri ana juga.. sebab,kadang lagi kita ingatkn org,secara automatik akn memberi impak pada diri sendiri juga,insyaALLAH.. ^_^

Bila ana rasa kecewa atau sedih..ana akan teringat kata2 ni:


“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”

Makanya, think positive jika apa yg diingini tak mampu di capai.. ALLAH sentiasa tahu apa yg terbaik utk kita..

 '... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bg kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan ingatlah ALLAH jua yg maha mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahui..' (Al-Baqarah:216)

So,mulakan semester yg baru dengan niat dan azam yg baru ke arah merealisasikan impian yg satu..=)
Just mahu share, subjek sem ni..

LAC4433 COMPANY LAW
MAB2033 ADVANCED ACCOUNTING I
MAD3013 AUDIT AND ASSURANCE SERVICES
MAE3013 CORPORATE TAXATION AND ZAKAT
MFA3033 CORPORATE FINANCIAL MANAGEMENT 
MGA2013 FIQH MUAMALAT I 

Moga ALLAH permudahkan semuanya... Selamat berjuang sahabat2ku... Semoga ALLAH memberkatimu.. Salam ukuwah dan salam sayang..=)


P/s: Jangan melihat yg lebih tggi dr kita,nnt kurang bersyukur..