Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ^_^
Apa khabar semua?? jawab Luar Biasa!
sedikit perkongsian yg tiba2 jari jemari ini ingin menari di keyboard manje (my lappy name) huhu.. seperti tajuk di atas,
~teman sejati penyeri hati~
setiap insan perlukan sahabatkan? ingin hari2 yang ditempuh bersama orang yang kita rapat dan dapat berkongsi macam2 perkara..
kisah sahabat berlainan setiap orang kan? sebab apa? sebab kita akan berjumpa dengan pelbagai karenah dan sikap manusia.. bagaimana sikap yg kita dapat menyesuaikan diri kpdnya..? maka, kita mesti bijak memilih teman, namun ia bermula dengan menjadi TEMAN YG BAIK.. setuju??
percayakah kita, bersahabat waktu sekolah rendah,sekolah menengah lagi indah berbanding peringkat yg lebih tinggi lagi selepas itu.. ^_^
Tips menjadi teman baik pd org lain:-
1. menjadi pendengar yg baik
2. peka dengan keadaan teman
3. bersedia membantu dan bersama tika susah dn senang
4. tidak prasangka buruk
5. menjadi penasihat yg baik
6. amanah dalam menjaga rahsia
7. tidak membuka keaiban teman
8. tidak mudah berkecil hati
9. mendoakan teman
10. sedia menerima kekurangan teman
11. tiada hasad dengki dan iri hati
semadah pujangga buat insan2 yg mengenali ana..
Teman..
selama kita bertemu..bersua muka..
diri ini lalai dan terleka dengan duniawi...
hadirnya kalian penyeri hati dan hari2 yg sunyi..
diri ini kadang sukar menjadi teman yg baik buat kalian...
terbayang gelak tawa bersama..
diulit rasa kebahagiaan..
namun satu ketika, kita pernah bermasam muka..
mengapa ia terjadi?? adakah atas keegoaan yg meninggi??
itu kerana ALLAH uji..
agar merapatkan ukhuwah dihati..
supaya bijak mengawal perasaan di hati..
supaya hilang rasa tak puas hati.
dan yg paling penting ukt muhasabah diri..
kerana manusia alpa dan lalai tanpa motivasi...
dan rohani menangis ingin di isi..
ayuh teman!!
bersama bersatu berpegang tangan agar dapat memberi manfaat pd manusia..
ingatlah sebaik-baik manusia itu mereka yg byk memberi manfaan pd org lain..
senyumlah teman..kerana dirimu bertuah memiliki ramai teman2 yang setia,,
bersyukur pd-NYA dikurniakan insan bergelar sahabat...
akhir sekali teman...
sempurnakan 7 hak saudara sesama muslim
1. bila diberi salam,maka jawablah,
2. bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulilah, doaknlah dia dgn ucpn yarhamkaALLAH/yarhamkillah
3. bila dia sakit, maka ziarahlah
4. bila diminta nasihat, maka nasihatkanlah yg baik2
5. bila dijemput, maka hadirilah,
6. bila dia meminta pertolongan, maka bantulah dia
7. bila dia meninggal dunia, hendaklah bawa jenazah ke perkuburan (bagi lelaki)
teman, mari sama islah diri, menjadikn hari ini lebih baik dari semalam..=)
titipan bicara semadah pujangga ini utk diri yg serba kekurangan ini serta buat insan2 yang sedar akan kepentingan teman dalam kehidupan..
sambutlah salam penuh kasih sayang dan ceria.. senyum sokmo!
p/s: maaf andai ana pernah melakukan salah dan silap pd teman2 ana... syg kalian..=)