>

My Cheerful Blogger =)

Wednesday, March 27, 2013

_Titipan2 Insan_

Assalamualaikum... =)

Di sini tak nak banyak cakap,just nk menyimpan ayat2 atau titipan insan2 yang pernah memberi semangat dan sumber kekuatan diri.. so,, enjoy! =)

1) Kita datang ke dunia dengan 3 maksud:

  •  ibadah kepada Allah
  • amanah
  • sebagai khalifah di muka bumi
2) Jaga solat awal waktu, nantikan kehidupan yang lebih berkualiti.. =)

3) 1 hadis nabi bagitahu, suasana syurga seperti terbit fajar hingga naik matahari (Ya ALLAH indahnya!)

4) Saat ini andai ALLAH ingin memakbulkan permintaan, pasti ku pinta seorang isteri moga dengannya aku terbebas dari cengkaman nafsu dan menjadi sempurna akalku..

5) Sometimes bila kita rasa diri kita teruk, bagus untuk kita.. Sometimes bila kita disayangi, di manjai, we are lost from reality...

6) Hidup ni pelbagai onak duri dan cabaran yang kena kita harungi, binalah jati diri, dunia tak ada tempat bagi orang yang tidak mahu bersaing. Setiap bangsa berlumba2, pesaing kita bukan orang melayu sahaja tapi setiap bangsa dan kaum dari seluruh dunia. Siapa lemah dan malas nak bantu diri sendiri, dia akan tertinggal di belakang. Hargai masamu!

7) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan (imam ghazali)

8) Sahabat, kadangkala aku dahagakan perhatianmu hingga mengabaikan keperluanmu. kadangkala ku pinta masa bicara hingga mencuri kelapangan masamu.. seringkali aku pinta kau mengerti sedangkan aku tidak berusaha memahami dirimu.. seringkali aku pinta kesempurnaanmu hingga lupa aku juga ada kekurangan.. 
semusim ukhuwah kita..terlalu banyak hempedu yang telah kau telan.. maafkan aku sahabat andai melakarkan warna pudar dalam hidupmu.. Moga pelangi ukhuwah menyemai cinta pada ALLAH...

9) Kejayaan bukan 1 destinasi, tapi ia adalah 1 perjalanan, semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi.. ianya tiada berpenghujung.. "kekuatan tidak dtg dari fizikal tapi ianya dtg dari semangat yg xpernah mengalah..."

10) bersyukurlah pd org yang menyakiti kamu, kerana dialah yg menabahkan kamu..
bersyukurlah pd org yg tak mengendahkan kamu, kerana dialah yg memupukmu berdikari,
bersyukurlah org yg menjatuhkan kamu, kerana dialah yg memperhebatkan kemampuan kamu,
bersyukurlah pd org yg kenakan kamau, kerana dielah yg menguji kesabaran dan ketabahanmu.. =)