>

My Cheerful Blogger =)

Saturday, April 23, 2011

~sedikit perkongsian~


Assalamualaikum….

Salam ceria dan bahagia…. Terasa hebat kan?? Alhamdulilah…. Bila mana kita mengatakan yg positif tentang diri kita,,, maka insyaALLAH aura positif kita akan membuat kita menjadi apa yang kita mahukan.. namun itu semua hanyalah dengan izin-NYA…. ^_^

Sekarang tengah demam exam..huhu.. mesti Nampak macam ana xdemam pun bleh update blog…he3… menggunakan masa dengan sebaiknya..=)..

Di sini ana nak kongsi sedikit…


إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (Al-Qashash:56)

Ana tersentak apabila menemui ayat ni.. masyaALLAH.. baru sedikit ayat2 cintamu yg kutemui dan hayati… moga hati ini sentiasa ingin mengkaji dan mendalami..insyaALLAH… benarlah… jika kita berniat untuk mengubah seseorang utk jadi yang lebih baik…kita janganlah terlalu harap dia akan berubah kerana kita… sepertimana ayat indah di atas…kita tak mampu utk member petunjuk pdnya… tapi hanya…. Hanya… ALLAH S.W.T saja yang memberi hidayah pada insane yang bertuah…. Kerana itu…janganlah kita alpa utk berdoa supaya diberi petunjuk.... ya ALLAH… berilah petunjuk kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh alam..…agar agama Islam terus segar dan mantap di jiwa muslim….amin ya robb…

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. ( Al-Hijr:94)

Ayat di atas pula menunjukkan perintah ALLAH utk berdakwah….=).. tak salah kita ingin menyampaikan sesuatu ilmu yang kita tahu walaupun diri sendiri belum sampai tahap ulama’.. bak kata org..’ sharing is caring..’ maka sampaikanlah kepada teman2 walaupun 1 ayat… dengan 1 ayat…apabila kita menyampaikan ilmu yang bermanfaat..dan dia mengamalkan….insyaALLAH..kita dapat pahala yang besar selama mana dia tetap mengamalkan… indah kan Islam tu?? =).. الدين النصيحة

Sahabat sekalian..ayuh..kita bergerak mencari jejak ke mana arah kita nanti?? Ilmu yg bermanfaat adalah antara warisan peninggalan kita bukan hanya harta saja.. sebab tu bidang guru nil ah bidang yang mulia… kerana kita mula bertatih dan mendalami ilmu dan meluaskan pengetahuan hasil pembelajaran dan pengajaran daripada guru….renung2kan dan selamat beramal yer…. ~fastabiqul-khoirat~ ^_^

Sunday, April 10, 2011

~exam mood~


Assalamualaikum dan senyum2 sokmo!!

Dah lama ana tak update blog…huhu…tiba2 rajin pagi ini….=).. nampaknya dah 25 orang follower ana…thanks semua yang sudi utk jadi teman2 blog…^_^.. ana sgt hargai…=)…

Bagaimana keadaan kamoo semua?? Hebat? Ceria? Menarik? Bahagia?

Walaubagaimanapun perasaan dijiwa… namun jangan lupa ye kwn2… bersyukurlah pd-NYA..kerana ALLAH mempermudahkan kehidupan seharian kita…sekiranya banyak cubaan yang mendatang tu…biasalah ALLAH nak uji sejauh mana kesabaran kita..betol x?? =)..

Mulakan harimu dengan bacaan yasin..banyak sangat fadhilat yasin ni…salah 1 nye..kalau kita baca pd waktu pagi..lepas subuh..insyaALLAH ALLAH selesaikan urusan dia dalam 1 hari tu… kita pun akan terasa semangat yang baru mulakan hari kita dengan ayat2 cinta dari ALLAH..=)..ha… dah baca yasin?? Sama2lah kita cuba utk amalkan yer…

Nampaknya final da dekat….diri ini terasa masih khayal…masih terumbang-ambing… ya ALLAH..bantulah hambamu ini…berilah kekuatan..!!.. mak dan abah dah banyak pesan supaya buat yg terbaik dalam exam… semestinya ibubapa kita ingin melihat kita Berjaya…

Mak…

Adek akan buat terbaik…doakanlah anakmu ni… rindu sangat kehangatan pelukanmu dan ciuman kasih sayangmu… masih segar dalam ingatan… mak..percayalah akan diriku…anakmu ni akan berusaha utk tingkatkan diri..pahamilah diri ini… anakmu ini masih banyak yg perlu dipelajari..izinkanlah anakmu ini utk menggarap semua pengalaman di Universiti kerana…tiada peluang lagi selepas ini…

Abah…

Adek akan mencuba yang terbaik..doakanlah anakmu ini… ketahuilah anakmu ini seboleh-bolehnya tak mahu membuat dirimu risau…kasih sayangku memang utk mak dan abah… bantulah adek menempuhi ujian kehidupan ini…

Kawan2… menitis airmata ni mengingatkan ayahanda dan bonda yang terlalu banyak berkorban utk ana..ana terasa terharu sangat atas pengorbanan mereka… tanpa mereka..ana xmampu utk berdiri dan meneruskan pengajian… terima kasih abah..mak.. kalian the best parents.. marilah muhasabah bersama… terlalu banyak perkara yang lagha dilakukan… masyaALLAH.. terlalu banyak dosa dilakukan…moga diampuni-NYA.. amin… salam ukhuwah fillah dari ana…