>

My Cheerful Blogger =)

Showing posts with label ~ilmu~. Show all posts
Showing posts with label ~ilmu~. Show all posts

Monday, November 26, 2012

_Ubat Hati_

Assalamualaikum.. ^_^
Senyum dulu sebelum baca.. =)


Ana ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengubat hati kita.. Setiap penyakit itu ada penawarnya insyaALLAH.. jika kita terasa hati kita telah lalai dengan sesuatu, alpa dalam menunaikan perintahNYA, maka apa yang perlu kita lakukan untuk pulihkan kembali?? Alhamdulillah ana terjumpa sebuah buku semasa ana berjalan-jalan di Cfest USIM kali ke 10.. Selepas belek2, ana pun beli.. Jom kita lihat, bagaimana dan macamana untuk rawat hati kita.. ^_^

1) Membaca Al-Quran sambil meneliti dan berusaha memahami maknanya

2) Mengosongkan perut iaitu berpuasa atau makan secara tidak berlebihan

3) Qiamulail iaitu beribadah di keheningan malam

4) Berdoa dan bermunajat dengan rasa penuh rendah diri pada waktu sahur (sebelum subuh)

5) Sentiasa mendampingi para ulama' yang soleh lagi mulia serta selalu menghadiri majlis-majlis ilmu mereka

6) makan makanan yang halal. ini penting kerana ia adalah asas bagi ubat hati

7) Ber'uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, diam dan tidak berbual kosong ketika bersama mereka.




Source: Ubat hati (Muhammad Afif Bin Yahya Al-Berlisi)

marilah sama-sama memulihkan kembali hati kita..Mudah-mudahan ALLAH dapat lihat ia salah satu usaha kita untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA... Moga ALLAH beri petunjuk pada kita.. Aamiin.. Salam perjuangan dari ana.. =)


P/s: Bersyukurlah kerana masih ada yang ingin memberi nasihat pada kita,jangan sampai satu saat kita leka tanpa disedari..

Friday, October 5, 2012

~Nikah??~

Salam Jumaat! Alhamdulillah diberi kesihatan utk jari jemari ini menari di keyboard my lovely laptop..=)
harap kalian sentiasa ceria dan senyum2 selalu...

Kebelakangan ini,,selalu dengar cerita kawan2 nk kawen dan ada juga sedang mencari calon..ada juga yg sedang perbaiki diri sehingga smpi sidia yg dinanti...  namun, pernahkah kita terfikir bagaimana persediaannya? nobody is perfect..yes! but we can improve ourself.! ^_^. waktu sekolah rendah+sek menengah tak pernah atau jarang cerita pasal kawen2 ni..tapi sejak berada di IPT, selalu kedengaran cerita ni..huhu.. Baru terasa,kita ni semakin hari semakin matang dlm mencorak perjalanan kehidupan kita..

ana ingin berkongsi dr buku yg ana ada baca..

 Tanda2 wanita yg baik akhlaknya:

 1. Berakhlak dgn mentaati perinta ALLAH swt. spt tekun dan bersungguh2 dlm beribadah, sabar dlm menempuh segala ubaan dan sentiasa bersyukur serta banyak mengingat ALLAH swt.

2. Mentaati suaminya, redha dgn pemberian suami,melayani suami dgn baik,sopan santun dlm segala ucapan dan tingkah laku, menutup aurat, menjaga kehormatan keluarga dn memelihara amanah suami

3. Berakhlak kpd kedua org tua, memuliakn mereka serta membantu dan menyenangkan mereka, selalu berusaha mengajak keluarga kpd kebaikan dan keredhaan ALLAH swt.

4. Berakhlak kpd sesama teman, tetangga dan masyarakat sekitarnya, tidak mengganggu dan menyakiti mereka melainkan membaantu dan memudahkan mereka dgn apa yg kita mampu.

5. Tumpuan hatinya ialah utk memperbaiki diri, berakhlak baik, mengurus rumah tangga dgn baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dgn manusia.

Jadi,bagaimana dan sejauh mana kita mempersiapkn diri kita? perkara ini sebenarnya peringatan utk ana juga dan tidak salah ana berkongsi dgn kalian..agar bila kita hampir tergelincir, masih ada yang sudi menarik tgn kita ke jalan yg benar...^_^

Moga ALLAH permudahkn urusan kita semua.. aamiin.. jgn terasa diri terlalu bagus,takut nnt kufur nikmat, nauzubillah... sama2lah kita saling memberi nasihat dan menerima nasihat..kerana apa? kerana kita perlukan santapan rohani sebagai benteng pertahanan diri... ^_^.. 

akhir sekali dr ana, Jodoh itu rahsia ALLAH..namun kte perlu berusaha perbaiki diri agr si dia juga perbaiki diri dan menjaga hati..^_^




p/s: bykkn berpuasa jika diri tak mampu lagi utk berumah tangga..he3

Monday, September 10, 2012

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum...

Sudah lama meninggalkan Titipan Bicara ini..^_^.. kenapa ye? agk2 kenapa? cuba teka..=)
ok, sbb line xkuat di kg utk update..^_^

Baiklah, Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam dan nikmat sihat utk meneruskan pengajian di USIM.. Mari kita menyelusuri sejenak, bagaimana kita dahulu,sehingga sampai ke tahap ini.. Alhamdulillah masuk tahun ketiga di USIM.. Mesti bykkn suka, duka, senang, susah, lapang, sempit, sihat, sakit.. Muhasabah juga adakah kita bertambah ilmunya? Sudah mampukah utk mengahadapi masa depan yg penuh dengan cabaran? kata org,jangan pandang belakang,tapi dr belakanglah jadinya kita sekarang..jika tak lihat ke belakang, macamana nak perbaiki yg akan datang? macamana nak buang sikap yg tak sepatutnya? justeru itu,jeling2lah ke belakang agar kita sedar,masih byk perkara yg kita tak kecapi lagi..betul tak? Ana ingatkan diri ana juga.. sebab,kadang lagi kita ingatkn org,secara automatik akn memberi impak pada diri sendiri juga,insyaALLAH.. ^_^

Bila ana rasa kecewa atau sedih..ana akan teringat kata2 ni:


“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”

Makanya, think positive jika apa yg diingini tak mampu di capai.. ALLAH sentiasa tahu apa yg terbaik utk kita..

 '... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bg kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan ingatlah ALLAH jua yg maha mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahui..' (Al-Baqarah:216)

So,mulakan semester yg baru dengan niat dan azam yg baru ke arah merealisasikan impian yg satu..=)
Just mahu share, subjek sem ni..

LAC4433 COMPANY LAW
MAB2033 ADVANCED ACCOUNTING I
MAD3013 AUDIT AND ASSURANCE SERVICES
MAE3013 CORPORATE TAXATION AND ZAKAT
MFA3033 CORPORATE FINANCIAL MANAGEMENT 
MGA2013 FIQH MUAMALAT I 

Moga ALLAH permudahkan semuanya... Selamat berjuang sahabat2ku... Semoga ALLAH memberkatimu.. Salam ukuwah dan salam sayang..=)


P/s: Jangan melihat yg lebih tggi dr kita,nnt kurang bersyukur.. 

Sunday, January 15, 2012

~imtihan ^_^ ~






~Assalamualaikum teman2...~

Terasa ringan jari ini ingin menari di keyboard manje (my lappy) ^_^....
alhamdulillah masih lagi diberi nikmat iman dan islam....=)

ana ingin berkongsi serba sedikit perihal ragam masa final exam sem 3 nie..=)
alhamdulillah sudah selesai 7 papers walaupun berbagai cabaran yang perlu ditempoh... tinggal 1 paper lagi.. commercial law..20hb nie... mudah2an dipermudahkan... amin.. =)

Bila mula minggu2 peperiksaan, ada je macam2 karenah..he3,,

1- tidur lewat yang tak pernah dilalukan sebelum ni...
2- ada yang sanggup tak tiur malam utk habiskan baca buku..
3- study senyap2...time org tidur, die baca buku, time org jaga,die tidur..he3
4- study sambil pakai headphone/mp3/earphone sampai org panggil pun xdengar....
5- baca sambil baring
6- baca kena duduk bersandar, fokus
7- study sambil cakap kuat2 apa yang dibaca
8- study di tempat sunyi (library/taman)
9- study group beramai2, bagi2 tugasan
10- study soalan2 spot saja...

inilah antara ragam waktu exam...he3.. manakah cara anda study? selama pemerhatian ana, bila time exam je,mulalah perkara biasa dilakukan tak dapat dilalukan sebab setiap perkara yang tak berkenaan exam semuanya membuang masa yang agk suntuk utk ulgkaji..^_^ kita ni selalu saat akhir baru nk kelam kabut nak bacakan...sekiranya kita dari awal2 masuk semester dulu, dah mula study awal2..mesti tak tension mahupun stress... (ingatkan diri sendiri jugak..) ^_^
mulalah time tue rasa menyesal yang amat....tapi nak buat
lagu mana..he3.. papepon kita perlu buat apa yg kita mampu...dan itulah perbandingan bagi orang yang sentiasa study awal dengan study last2 minit.. mereka yang study awal lebih rilex dan tenang, tapi orang yang study last2 minit nie nampak gelisah sehingga sebelum masuk dewan peperiksaan pun masih tak mahu lepaskan buku dan selagi ada waktu mahu belek buku tu... waktulah kita rasa berharganya masa... ^_^ (ana pun macam tu juga..he3..)
hebatkan pelajar....kenapa ana berkata demikian? sebab, mereka yang belajar last2 minit nie mampu baca/study/ulangkaji/menghafal subject yang telah belajar dalam masa lebih kurang 5 bulan hanya dalam 1/2 hari je.... wah..hebat bukan...=) mantap! thumbs up!



p/s : dapat berita bapa teman sekelas telah kembali ke Rahmatullah.. moga keluarga beliau tabah menghadapi ujian tersebut... Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

Thursday, June 30, 2011

~Doa menghilangkan keresahan dan dukacita~


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي

وَذَهَابَ هَمِّيْ.



Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.

Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad

sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, May 16, 2011

~The miracle of Mathematics~


keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Saturday, March 26, 2011

~diskusi ilmiah~

Sobahul khair…. Assalamualaikum semua… bagaimana iman anda hari ni? Adakah bertambah mantap atau sebaliknya? Sama2lah renung2kan bersama ye…^_^… Alhamdulilah ana berasa sungguh berbesar hati ingin berkongsi 1 pengalaman.. pada 24 mac 2011.. Usim telah menjemput IMAM MUDA ASYRAF untuk menjadi panel dalam sebuah diskusi ilmiah bersama pensyarah FSU, DR YASMIN…Tajuk diskusi ilmiah itu “di mana batasan kita”.. apa yg anda akan fikir dengan tajuk di atas?? Sememangnya mereka membincangkan tentang batasan aurat lelaki dan perempuan…

Sabda Rasulullah S.A.W:

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian begaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian (riwayat muslim)

masyaALLAH.. mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan tersebut….amin…

4 perkara yang perlu lelaki jaga:

1) Menjaga pendangan

2) Menjaga maruah

3) Menjaga kemaluan

4) Menjaga aurat

4perkara yang perlu perempuan jaga:

1) Menjaga pendangan

2) Menjaga kemaluan

3) Melabuhkan tudunng

4) Tidak menghentakkan kaki sehingga ternampak perhiasan dirinya

Selain itu, ramainya wanita di dalam neraka adalah kerana mulutnya:

1) Fitnah dan mangadu domba

2) Tidak bersyukur kepada suaminya

Semoga kita terpelihara dari segala maksiat dan marilah kita berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Amin… بيّن والحلال بيّن"الحرام"

Ingatlah “prevention is better than cure" خير من العلاجالوقاية"