>

My Cheerful Blogger =)

Showing posts with label ~Luahan hati~. Show all posts
Showing posts with label ~Luahan hati~. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Indahnya Ukhuwah itu!



Detik itu..

Dia hadir tanpa dipinta,

Dia pergi meninggalkan rasa,

Seindah hari itu..

Tangisanku dipelukanmu,

Amarahku dipandang sepi,

Hikmah menangani jiwa ini,

Sabar melayari kisahku,

Damai qalbu mengusir pilu,

Indahnya ukhuwah itu…

Berkongsi rasa,

Suka duka,

Saling memberi kesan,

Saling mengajak kebenaran,

Pertemuan di akhiri perpisahan…

Mengapa Dia pergi?

Sederas manik tak bersalah jatuh membasahi,

‘ALLAH bersamamu selamanya, Aku hanya sementara’

Akhirnya ku lihat hikmahnya!

Ukhuwah itu indah disisiNYA…

Sayangnya kita pada insan tidak kekal juga,

Kerana rancangan ALLAH paling sempurna,

Binalah ukhuwah islamiah dalam mencari keredhaanNYA…

Friday, January 6, 2012

~come my spirit!~

Assalamualaikum semua..! =)
alhamdulilah masih diberi kesihatan yang baik dari Ilahi...^_^
terasa ingin mencoret sesuatu walau petang ni exam..huhu.. take rest with my blog..

semangat? jom bersemangat setiap hari.. agar hari2 kita tak berlalu dengan sia2.. lagi hebat jika buat sesuatu yang baru yg xpernah kita buat sebelum ini... mesti terasa puas hati dan take the challenge kan? =)

ana berusaha untuk bersemangat untuk menghadapi peperiksaan yang agak mencabar minda...alhamdulillah setelah lepas 3 paper terasa lega sikit..tapi masih tak lega sekiranya killer subject tak lepas lagi iaitu Intermediate Accounting 1... harap dapat buat terbaik..may ALLAH bless me and help me.. amin....

Selama mana kita bergelar insan dimuka bumi ni, selagi tulah tanggung jawab yang dipertanggungjawabkan masih ditanggung dan akan ditanyakan di akhirat kelak...jika terasa berat mari mengadu padaNYA.. dan pasti ALLAH tahu yang terbaik untuk kita semua.. ^_^
letak keyakinan padanya...jika kita tak dapat jawab mungkin kita ada dosa yang dilakukan...masyaALLAH... papepon usaha tangga kejayaan.. ALLAH lihat sejauh mana kita usaha.. baiklah, salam jumaat pertama di tahun 2012.. senyum sokmo ye..^_^

P/s: wish me luck 4 business math exam 3.00 pm...=)

Sunday, January 1, 2012

~1 januari 2012~ ^_^


~السلام قبل الكلام~

~السلام عليكم~

Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah...=)
Bersyukur padanya..kerana kita masih mampu untuk bernafas di muka bumi ini...=)
bagaimanakah kalian di hari ini?
gembira? =)
muram? =(
sedih? :'(

Sahabat yg dikasihi... walaubagaimanapun perasaan kalian, ayuh ucap syukur padanya kerana mampu kita menjejaki tahun baru 2011 masihi.. masih boleh perbaiki azam tahun lalu dan berazam baru.. perkara yang lama biarkan ia pergi... kenangan manis,kenangan pahit? simpan dalam diari kehidupan dan kongsi segala rasa padaNYA... insyaALLAH hati akan tenang...

Di petik dari ibnu abbas r.a: "Perkara yang paling sedih bila tiba tahun baru adalah umurku bertambah tapi amalanku tidak bertambah"

Bermula hari ini,sama2 kita tingkat amal sikit demi sikit dan istiqomah...insyaALLAH...
2012 datang tanpa dipaksa, jadi kita pun tak perlu dipaksa untuk islah diri kepada lebih baik betul tak?? =)..

teman, ingat ayat quran, surah ar-ra'd ayat 11...
......إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ.....
.....Sesungguhnya ALLAH tidah akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....

buat teman semua..ana akan menghadapi peperiksaan bermula 3hb-20hb.. doakan ana dapat buat terbaik..and make my parents proud to me..insyaALLAH..

I will remember this word ALLAH always with me because He loves me more than my family..so I must trust Him in deep my heart...

P/s: layan lagu sami yusuf & irfan makki tau..^_^



Tuesday, December 13, 2011

~Final Exam semester 3 USIM~



Salam perjuangan Teman2 tersayang...=)
Kini terasa hangatnya bahang minggu exam,, terasa semester ini berlabuh dengan begitu cepat.. sedar tak sedar kita bakal meningglkan tahun 2011..
mari kita muhasabah sebentar, pandang2 diri kita, adakah selama ini sudah cukupkah amal jariah kita? sudah cukupkah bekalan utk di bawa ke akhirat sana?? pernahkah melakukan perkara lagha2?? semestinya kita sebagai insan tak dapat lari dari melakukan kesilapan..betul tak? =)

ayuh, melangkah tahun baru dengan azam baru dan cuba utk selesaikan apa yang perlu diselesaikan tahun ini.. masa dah suntuk, dah tahap paras hidung ni..=) bergerak pantas!
ana ingin share jadual exam ana pd awal januari 2012... agak mantaplah kan..huhu

jom3 check it out!

SELASA 3/1/2012
AIS 9.00 AM

RABU 4/1/2012
USUL FIQH 1 9.00 AM

KHAMIS 5/1/2012
TARIKH AL-TASHRI' 2.30 PM

JUMAAT 6/1/2012
BUSINESS MATH 3.00 PM

ISNIN 9/1/2012
INTERMEDIATE 1 2.30PM

RABU 11/1/2012
COST ACCOUNTING 9.00 AM

JUMAAT 13/1/2012
ORGANIZATION BEHAVIOR

JUMAAT 20/1/2012
COMMERCIAL LAW 9.00 AM

4 hari berderet exam...=).. moga dipermudahkan..amin... bila terasa give up, seringkali ingatkan diri, kenapa ALLAH pilih kita melalui jalan ini?? ALLAH lebih tahu yg terbaik bagi kita.. justeru itu, jangan mudah mengeluh..hanya mengadu padaNYA... ^_^
~you are not what you say but you are what you do~

P/s: bersyukur apa yg kita ada, nescaya akan ditambah lagi nikmat itu.. =)


Sunday, October 30, 2011

~Teman Sejati Penyeri Hati~



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ^_^
Apa khabar semua?? jawab Luar Biasa!

sedikit perkongsian yg tiba2 jari jemari ini ingin menari di keyboard manje (my lappy name) huhu.. seperti tajuk di atas,
~teman sejati penyeri hati~
setiap insan perlukan sahabatkan? ingin hari2 yang ditempuh bersama orang yang kita rapat dan dapat berkongsi macam2 perkara..
kisah sahabat berlainan setiap orang kan? sebab apa? sebab kita akan berjumpa dengan pelbagai karenah dan sikap manusia.. bagaimana sikap yg kita dapat menyesuaikan diri kpdnya..? maka, kita mesti bijak memilih teman, namun ia bermula dengan menjadi TEMAN YG BAIK.. setuju??
percayakah kita, bersahabat waktu sekolah rendah,sekolah menengah lagi indah berbanding peringkat yg lebih tinggi lagi selepas itu.. ^_^


Tips menjadi teman baik pd org lain:-
1. menjadi pendengar yg baik
2. peka dengan keadaan teman
3. bersedia membantu dan bersama tika susah dn senang
4. tidak prasangka buruk
5. menjadi penasihat yg baik
6. amanah dalam menjaga rahsia
7. tidak membuka keaiban teman
8. tidak mudah berkecil hati
9. mendoakan teman
10. sedia menerima kekurangan teman
11. tiada hasad dengki dan iri hati

semadah pujangga buat insan2 yg mengenali ana..

Teman..
selama kita bertemu..bersua muka..
diri ini lalai dan terleka dengan duniawi...
hadirnya kalian penyeri hati dan hari2 yg sunyi..
diri ini kadang sukar menjadi teman yg baik buat kalian...

terbayang gelak tawa bersama..
diulit rasa kebahagiaan..
namun satu ketika, kita pernah bermasam muka..
mengapa ia terjadi?? adakah atas keegoaan yg meninggi??
itu kerana ALLAH uji..
agar merapatkan ukhuwah dihati..
supaya bijak mengawal perasaan di hati..
supaya hilang rasa tak puas hati.
dan yg paling penting ukt muhasabah diri..
kerana manusia alpa dan lalai tanpa motivasi...
dan rohani menangis ingin di isi..

ayuh teman!!
bersama bersatu berpegang tangan agar dapat memberi manfaat pd manusia..
ingatlah sebaik-baik manusia itu mereka yg byk memberi manfaan pd org lain..
senyumlah teman..kerana dirimu bertuah memiliki ramai teman2 yang setia,,
bersyukur pd-NYA dikurniakan insan bergelar sahabat...

akhir sekali teman...
sempurnakan 7 hak saudara sesama muslim

1. bila diberi salam,maka jawablah,
2. bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulilah, doaknlah dia dgn ucpn yarhamkaALLAH/yarhamkillah
3. bila dia sakit, maka ziarahlah
4. bila diminta nasihat, maka nasihatkanlah yg baik2
5. bila dijemput, maka hadirilah,
6. bila dia meminta pertolongan, maka bantulah dia
7. bila dia meninggal dunia, hendaklah bawa jenazah ke perkuburan (bagi lelaki)

teman, mari sama islah diri, menjadikn hari ini lebih baik dari semalam..=)
titipan bicara semadah pujangga ini utk diri yg serba kekurangan ini serta buat insan2 yang sedar akan kepentingan teman dalam kehidupan..
sambutlah salam penuh kasih sayang dan ceria.. senyum sokmo!

p/s: maaf andai ana pernah melakukan salah dan silap pd teman2 ana... syg kalian..=)

Wednesday, September 14, 2011

~Saat Terindah~



Assalamualaikum semua………..

Sudah lama tak update blog nie dari mse cuti sem hari tu..sampai sekarang..baru terasa ingin mencoret sesuatu…

Alhamdulillah.. kehidupan masih dibawah rahmat-NYA…mulakan hari dengan kalimah syukur… moga kita bukan hamba yg alpa… ^_^ amin…

Maka…bermulalah kisah ana semasa cuti hari tu.. berada di rumah saja.. menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak… =).. indah sekali dapat berpuasa sebulan di rumah..^_^..

Hari raya kedua.. buat family day.. jemput sedara mara dtg rumah jamu nasi beriyani dan sup angah..huhu.. moga semakin erat hubungan kekeluargaan kami semua.. amin… tak lepaskan peluang utk bergmbar dengan semua adik beradik 9 org atas permintaan mak… saying semua!! Kenangan indah!.. anak2 sedara buat masa ni 19 org….huhu.. tengah meriah nak membesar..memang agak letihlah melayan mereka..tapi seronok.. budak2 ni macam2 perangai..ibu bapa yg mainkan peranan utk mencoraknya.. masing2 menharap anak yg soleh dan solehah bukan.. apa lagi bacakan surah taha ayat1-5 ayat pelembut hati… insyaALLAH anak tu tidak degil.. didik anak cara sunnah nabi.. moga dapat lahirkan pejuang agama yg hebat2.. ^_^

Tiba masa utk meneruskan pengajian ana di Usim.. pada 12 sep 2011.. mak,abah,keluarga kaklong,abg arif,kak vilma menghantar ana dengan akaq ana…huhu.. syukran semua.!! Jasa kalian takkan dilupakan.. moga ALLAH membalasnya..amin... namun sedih..mengenangkan mak dan abah tinggal berdua dirumah..ya ALLAH jagalah mereka..satukanlah hati mereka… =).. asrama ana sutera indah.. hmm..not bad..Cuma masa mula2 baru masuk tu..terasa susah hati ckitlah tgk keadaan.. namun pujuk hati dengan kalimah syukur.. ada advantage juga..jgn sangka buruk je..sangka baik perlu! =). Moga kita semua mudah sangka baik dengan sekeliling kita…

Bermulalah kuliah pada 13 sep jam 8pagi…1st lecture- accounting information system (AIS).. alhamdulilah.. lecturer sporting,namun bukan bererti perlu ambil kesempatan ye..ingat tu.. =)… moga ALLAH permudahkan segala urusan kami pada sem ni.. mulalah subjek2 yang mengikut major sendiri.. titipkan rasa minat utk belajar! =).. malam ni pula ana akan ke Pulau pangkor utk mengikuti kursus induksi under USRP (unit sukan rekreasi pelajar).. ya ALLAH selamatkan perjalanan kami ye.pergi dan balik… moga ALLAH merahmati kami semua.. amin…

P/s: Bila kita memandang seseorang, cuba untuk maniskan muka..huhu.. senyum sokmo yer.. ^_^

Tuesday, June 28, 2011

~Jiwa Berkata~


Assalamualaikum pembuka kata,

Tanda kemesraan berbunga dihati,

Indahnya hikmah dalam berkata-kata,

Senyuman manis pengubat hati..

Bila kita berbicara soal hati….tiada siapa yang mengerti.. mengapa hati sering tersentuh..emosi terganggu..salahkah beremosi? Memang benar..think positive 1st…=)..

Ingatlah teman,bila kita berkata atau mengungkapkan sesuatu walaupun bukan dlm bentuk janji, namun orang sekeliling akan mengambil atau berpegang kata-kata kita.. jadi, janganlah beri harapan terlalu tinggi, sehingga mereka mengharap dan mengharap…. Bagaimana keadaan hati tersebut ya? Terluka? Tersentak?

Biarlah… tak perlu di ungkit..kerana siapa kita untuk mengungkit+berkira… ikhlaskan hati dalam melakukan kebaikan..tapi itulah sebenarnya hakikat yang susah untuk kita jaga… namun, tak salah jika kita mencuba.. manusia kan suka explore…. Percayalah teman,, hati kita milik ALLAH yang ESA.. hanya ALLAH yang mengerti apa yang terbuku di hati kita.. kita tak mampu untuk sembunyi dariNYA…

Sabarlah wahai hati… hanya doa yang diperlukan saat ini.. believe to ALLAH! ~when you feel down because you didn't get what you wants, just sit down and be happy... because maybe ALLAH has taught of something better to give you....~

Friday, June 3, 2011

~AmaZing Short Sem~ =)


Assalamualaikum… bagaimana perasaan hari ni? Yg ceria…teruskan ceria.. yg berduka…jgn bersedih krn ALLAH sentiasa with us!! Believe it dear… ^_^

Dah lama xupdate my blog..huhu.. terkadang jari ingin menari d keyboard nie..tapi jari ni lebih prefer bermain2 dan bermanja2 dgn game.. huhu.. facebook?? Sama lah juga…he3…

I want to tell u about my short sem at USIM.. hmm…its very tough to stay in 2 months here.. why?? It is because, all of my friends who are studied at different university had long holiday… 4 months! After raya they will continued their new sem… but…I know, USIM different compared others university,,. Special!! =).. don’t be jealous ok! ^_^.. all of students who studied at sem 2 compulsory to take this short sem… what the subjects?? Hmm..actually 2 subjects only but plus wit ALSP +ELSP =4 subjects.. but ALSP+ELSP don’t have final exam..but must create short film…huhu..

Ok.. let me introduce the subjects…=)

1) ~Fiqh, Ibadat and Munakahat~

Ha…. What u think?? Why u all smile?? Ehem3… shhhhh…. ^_^

Actually short sem had already began at three weeks ago… I love this subject… why?? After we studied some of chapters, I aware that many inputs and new knowledge.. Alhamdulillah.. I’ll improve my ibadah and try to share with others..insyaALLAH… my lecturers at lecture and tutorial best!! Both of them expert in fiqh. Many of questions get the good answers,, its make our short semester interesting and not bored at all… I know..all my friends impatient to study MUNAKAHAT! Huhu.. why?? Many of people said, “after study Munakahat, u can getting married” he3.. its funny!

Akidah’s lecturer said “first year learn Munakahat?? Wah…its too early to learn.. but u will prepare to choose and to be selected..” as we know, knowledge is very wide… not necessarily for short time but for future life… and believe it..all of us will face this situation in their life especially “marriage” who do not want to married?? Please raise ur hand like me!! He3… just kidding… waiting midterm at 6th June.. hope everything runs smoothly..insyaALLAH… ^_^

2) ~Akidah Islam~

Ha… this subject also important in our life.. do u agree?? Although I take accounting course, this subject important to guide us to right way. Besides that, imagine… after we get out of university, we will meet many people.. I’m very sure and not impossible, people will ask us about akidah issues.. they see us as graduated from Islamic university…definitely we are the ones where that they should reference.. so..study smart! Improve our knowledge… credit to my lecturers. =) so…increase ur strength to study smart..! be a good students and good attitude…

~alhamdulilah ALSP+ELSP=smooth.. =).. hopefully simplified..insyALLAH.. chaiyok2!! Ikimasho! (lets go!) seiko o inorimasu! (gudluck!)

with big love to all readers.. arigato!

p/s: pnt dah tgn nie menari di ats keyboard nie.he3.. sy budak baru belajar.. want to improve my English.. (^_^)

Monday, May 16, 2011

~يوم المعلمين~


Assalamualaikum teman2 perjuangan…

Sempena hari guru pada hari ini.. sedikit perkongsian yang ingin dibuat…. =)..

16 mei… ada apa dengan tarikh ini? Istimewa sangat ke??

Apabila kita menjejakkan kaki ke sekolah…barulah kita ketahui sejarah dan untuk apa tarikh tu diingati… sedarkah kita…guru kita yang mula2 sekali siapa?? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa kita sendiri… benar…guru tadika yang mengajar kita menulis..membaca..melukis…. namun sedarkah kita…siapa yang mengajar erti kehidupan?..segalanya..bagaimana dan dengan cara apa untuk menjalani kehidupan yang penuh liku-liku….?

Hanya…hanya ibu bapa kita sahaja yang sanggup melayan kerenah kita dan tanpa jemu mengajar walau kita sering terjatuh,tersungkur.. tak mampu rasanya untuk teruskan kehidupan bila badai menimpa… ibu bapalah tonggak kehidupan kita..kita sangat bergantung padanya semasa waktu kecil itu….^_^.. dan apabila mereka telah yakin akan ilmu kehidupan yang sudah di ajari, maka mereka melepaskan kita pada insan yang bergelar guru di sekolah.. sekalung penghargaan buat ibu bapa ku..

~Hj Kasmon Bin Musiran & Hajah Nazzrah Bt Abdullah~

Seterusnya…buat insan yang bernama guru…

Jasa kalian umpama buih di lautan,

Tanpa jemu mencurah bakti,

Betapa mulianya insan yang bergelar guru..

Mengapa kita sering kali terlupa akan mereka…

Namun,percayalah..siapa kita sekarang ini,

Berdiri teguhnya kita pada hari ini..

Hebatnya kita pada hari ini..

Kerana..dengan keberkatan ilmu dan hasil keringat yang tak putus-putus daripada guru..

Kalian tetap terpahat di hati ini..

Ya ALLAH tinggikanlah darjat guru yang ikhlas dalam mencurah ilmunya.. amin…..

~Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara~

Tuesday, May 10, 2011

~10 may 2011~ 5.00 am




Assalamualaikum wahai hati Nurul Asmaa….

Tenanglah wahai hatiku… detik masuk rakaat pertama dalam subuh itu… berderaian airmata jatuh dan terus jatuh…. Hingga jatuh menyembah sejadah.. terasa sayu dan terasa amat sedih.. mengapa ye….tidak mahu berhenti pula manik2 tak bersalah ini?? Terus bergenang air mata ini hingga rakaat terakhir….. aduh…. Sakitnya hati ini….terasa seperti ditusuk2 sembilu ditikam2 dan ditoreh2 dengan belati yang sgt tajam…. Hanya ALLAH yang mengerti apakah rasa jiwa dan raga ni…ya ALLAH aku redha dengan ketentuan yang KAU beri untukku.. aku yakin ia sebagai tanda kasih sayangMU padaku…. Alhamdulilah….. terima kasih ya ALLAH…. Mulanya terasa amat sedih dan kecewa yang amat…. Bila hati terlalu memberi sayang pada yang bukan tempatnya…akhirnya natijahnya diriku jua yang kena tanggung dan harus menerima… andai ini takdirNYA… aku redha ya ALLAH…. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.. aku yakin ALLAH sentiasa ingin yg terbaik untuk hambaNYA… aku yakin ALLAh sangat menyayangi hambanya jika banyak diuji dan terus diuji..lagi2 diuji dengan ujian perasaan….biarlah…dan bagaimanalah…kerana aku tahu ALLAH tengah tarbiyah diriku dan terus ingin aku kembali padaNYA…. Ya Tuhan…ya Rabb….. hambaMU ni sering terleka dan terus lalai dengan kenikmatan demi kenikmatan yang KAU anugerahkan padaku…. Aku amat hormat keputusannya…bijak sekali keputusannya…! Banyak perkara yang aku pelajari darinya… takkan mampu kulupakan hingga akhir hayatku… buatmu…. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perjalanan hidupmu…. Ya ALLAH….jika aku jatuh cinta…. Moga aku jatuh cinta pada insan yang meletakkanMU yang paling atas dalam hidupnya… moga aku jatuh cinta pada agama yang ada padanya….amin ya rabb….

Masih terasa pegangan kejapku pada hati ini untuk merawat luka2 dan hirisan2 yang aku cipta sendiri…. Alhamdulilah mudah2an ia kan pulih…..insyaALLAH..berbekalkan kekuatan yg dikurniakanNYA….=).. ya ALLAH……beriku peluang utk menyimpan sedikit ruang utk aku mengingatinya… mengenalinya kenangan terindah buat diriku ini… masih segar di ingatan bagaimana taqdir ILAHI membuat kami salling mengenali.. terima kasih ya ALLAH.. peliharalah dia dibawah naunganMU ya ALLAH…. Amin….

Jangan bersedih ye wahai hati…. Sesungguhnya besar pahala bagi orang yang bersabar….ان الله معنا!! Jangan gundah gulana ye…pujuk lah hati ini ya ALLAH…=).. moga sakit dan kecewanya hati ni..akan buat aku lebih matang dan terus berfikiran positif.. insyaALLAH…. ~searching mardhotillah~

Sunday, April 10, 2011

~exam mood~


Assalamualaikum dan senyum2 sokmo!!

Dah lama ana tak update blog…huhu…tiba2 rajin pagi ini….=).. nampaknya dah 25 orang follower ana…thanks semua yang sudi utk jadi teman2 blog…^_^.. ana sgt hargai…=)…

Bagaimana keadaan kamoo semua?? Hebat? Ceria? Menarik? Bahagia?

Walaubagaimanapun perasaan dijiwa… namun jangan lupa ye kwn2… bersyukurlah pd-NYA..kerana ALLAH mempermudahkan kehidupan seharian kita…sekiranya banyak cubaan yang mendatang tu…biasalah ALLAH nak uji sejauh mana kesabaran kita..betol x?? =)..

Mulakan harimu dengan bacaan yasin..banyak sangat fadhilat yasin ni…salah 1 nye..kalau kita baca pd waktu pagi..lepas subuh..insyaALLAH ALLAH selesaikan urusan dia dalam 1 hari tu… kita pun akan terasa semangat yang baru mulakan hari kita dengan ayat2 cinta dari ALLAH..=)..ha… dah baca yasin?? Sama2lah kita cuba utk amalkan yer…

Nampaknya final da dekat….diri ini terasa masih khayal…masih terumbang-ambing… ya ALLAH..bantulah hambamu ini…berilah kekuatan..!!.. mak dan abah dah banyak pesan supaya buat yg terbaik dalam exam… semestinya ibubapa kita ingin melihat kita Berjaya…

Mak…

Adek akan buat terbaik…doakanlah anakmu ni… rindu sangat kehangatan pelukanmu dan ciuman kasih sayangmu… masih segar dalam ingatan… mak..percayalah akan diriku…anakmu ni akan berusaha utk tingkatkan diri..pahamilah diri ini… anakmu ini masih banyak yg perlu dipelajari..izinkanlah anakmu ini utk menggarap semua pengalaman di Universiti kerana…tiada peluang lagi selepas ini…

Abah…

Adek akan mencuba yang terbaik..doakanlah anakmu ini… ketahuilah anakmu ini seboleh-bolehnya tak mahu membuat dirimu risau…kasih sayangku memang utk mak dan abah… bantulah adek menempuhi ujian kehidupan ini…

Kawan2… menitis airmata ni mengingatkan ayahanda dan bonda yang terlalu banyak berkorban utk ana..ana terasa terharu sangat atas pengorbanan mereka… tanpa mereka..ana xmampu utk berdiri dan meneruskan pengajian… terima kasih abah..mak.. kalian the best parents.. marilah muhasabah bersama… terlalu banyak perkara yang lagha dilakukan… masyaALLAH.. terlalu banyak dosa dilakukan…moga diampuni-NYA.. amin… salam ukhuwah fillah dari ana…

Sunday, February 6, 2011

هل هذا صحيح؟


Benarkah..???
jika kita bercakap dalam kadar suara yg lebih tggi dr teman kte..ksh syg akn mudh hilang???
mmg benar,,,,sape yg nk org tggikn suara dr suara kte yg berckpkn??
hatta semestinya setiap insan xmahu kne marah,kne buli..kne disindir...
namun itulah rencah kehidupan...
warna-warni kehidupan..
suka-duka kehidupan...
masam manis kehidupan...

detik demi detik...kte akn terasa...betapa kte ni hnya hamba yg sgt kerdil..
buat ape nk berbangga dgn ssuatu yg mmg bkn milik kite..
dri kte n smua makhluk di dunia ni hnya milik mutlak ALLAH...
knpe ragu2??
yakin...bahawasanya.........ALLAH telah menjanjikan pd hambaNYA yg taat sentiasa kpdNYA...gnjaran besar utknya....

Pengorbanan???
besar mnelah pengorbanan kte,,,yg kte nkkn snjungan dr org??
mengapa??
sifat ikhlas 2..mmg sush sgt utk diresap dlm hati manusia...
ikhlas i2 rahsia ALLAH...hnya DIA yg maha mengetahui...
bila kita melakukan sesuatu atau menolong org lain dgn hrpn mengharap die akn membalas balik pd kite...disitu kita lihat..kita telah mengharap pd mahluk....
sebaaik2 pengharapan hanyalah pdNYA.....
cepat atau lambat sahaja ALLAH akn tunaikan permintaan kite...
bersabarlah wahai ikhwan wa akhawat....
kamu semua insan terpilih menjadi ummat akhir zaman...yg terlalu byk keistimewaan yg telah diberikan pd kite..

justeru>>>
tingkatkan amal dan mutu ibadah kita..agar kita mendapat keredhaan dr NYA..
bialah pd pndgn manusia kita hina..........
tp kite perlu takut n risau... sekiranya tidak mendapat pandangan n rahmat dr ALLAH..nauzubillah.....

marilah teman.....
tenangkn ht dgn bertadabbur quran...
menambah kelazatan iman dgn berzikir kpdNYA...
bersihkan hati dgn mengingati maut.....
maut semakin menghampiri....tiap detik n waktu...kite hmba yg lemah....
maha suci ALLAH yg telah menciptakan kita...
bersama memartabatkan islam....
bersahabat krn ALLAH...
syg kalian krn ALLAH..
bertemu d akhirat sana dengan izin ALLAH... (^_^)

Sunday, January 23, 2011

~KhabaR yg MengeJutkaN~


khabar yg telah membuatku tersentak....
mesej dari abangku..
"alfatihah utk embah yg telah meninggal dunia baru tadi"
aku terkejut yg amat....aku terus telefon mak....aku dengar suara mak pun dah tak tentu arah..
masyaALLAH..hanya kepada-MU setiap mahluk dikembalikan...
aku terduduk sebentar.muhasabah diri...
akak aku amek aku..dia dari uia Gombak..sampai usim dlm kul12...
sampai rumah kak uteh, kul3.30 a.m...
tidur dlm bpe2 jam saja....
bangun subuh & siap2 nak bertolak ke Tenggaruh umah cik mel...
sampai d sana, jenazah tengah dikapankan..
abah suruh buat penghormatan terakhir...
masyaALLAH...subhanaALLAH...
1st time berhadapan dengan jenazah...
aku cium dahinya...terasa sejuk sangat....1st time jgk...
xbrape lame lps 2...airmata ni jatuh berlinangan......
kucuba tahan...
saat ku dengar abah jadi imam solat jenazah..sekali lagi..dadaku sebak dengar suara abah yg serak & tahan sebak....
dari-NYA kita datang & kepadaNYA jualah kite dikembalikan...
moga almarhumah sentiasa dibawah rahmatNYA.. amin...
seorang lagi makhlukMU telah kau ambil...
berilah keinsafan kepada kami agar sentiasa mgingati kematian...
dunia hanya sementara..akhirat yang kekal selamanya...
kepadaMu aku berserah diri...
berikanlah aku kekuatan untk menempuhi liku2 kehidupan ini..
al-fatihah utk almarhumah nenekku.............