>

My Cheerful Blogger =)

Sunday, September 8, 2013

Giveaway iceps9!







Assalamualaikum.. 
Jom join this giveaway! Klik di pautan link di gambar ye..
Hadiahnya best2 tau..

Hadiahnya..:

1) 3 Blouse dan 3 Cardigan from Mhouse Blouse
2) Topup RM5 untuk sepuluh orang dari Mieza
3) 1 Halfmoon, 2 Shawl, 1 Pashmina, 1 Golden Bookmark dari Hda
4) 1 Ladies Jaket dari Qalyla Hijab

ICEPS9 = islamic Convention of Entreprenuerships 9
Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-9


Thursday, September 5, 2013

_Zaman kedewasaan menjengah.. _


Assalamualaikum.. =)

Alhamdulillah di luar hujan turun renyai2,memberi peluang ana mencoret di sini.. Alhamdulillah ALLAH masih beri nikmat iman dan kesihatan...Moga dengan nikmat ini, kita semua akan lebih dekat kepadaNYA.. ^_^

ha.. pasti kalian tertanya2, apa maksud tajuk yang di 'highlight' kan? 
Sejak kebelakangan ini, ana sering melalui pengalaman yang sebelum ini jarang2 sekali diperkatakan atau dipertanyakan atau dibincangkan.. maka ana terasa inilah zaman kedewasaan bakal ditempuh.. bagaimana kita menguruskannya dan menjadikan zaman kedewasaan kita tidak sia2 dan indah.. =)

Seringkali bila ana jumpa dengan orang2 kampung especially makcik2, pasti terlontar soalan sebegini..

A: Asmaa ni kat mana sekarang? Dah habis belajar belum? ke sudah bekerja?
B: ha...yang ni bila lagi ni?? 
C: Anak ke berapa? adik beradik berapa orang? 
D: sudah ada calon belum?

dan bermacam2 lagi persoalan.. =)
Ana terfikir, sebelum ni tak ada pun soalan2 sebegini..hehe ini bermakna ana sudah menjengah alam kedewasaan.. cepat sangat masa berlalu.. dulunya perkara seperti calon atau jodoh ini susah diketengahkan, sekarang agak mudah diperkatakan.. hehe.. 

Begitulah prosess kehidupan kita.. ALLAH sudah atur apa yang terbaik buat kita.. ada orang dapat kahwin muda..kita masih sendirian...ada orang sudah berkerjaya..kita masih dalam suasana pembelajaran.. ada orang masalah tak pernah habis..kita bahagia.. ada orang ibu bapanya sporting.. itu namanya apa? itu namanya REZEKI.. ALLAH tahu apa nak bagi pada setiap hamba-hambanya.. 
Seringkali, kita memandang mereka yang di atas sampai berasa, mengapa aku tak seperti dia? mengapa begini nasibku? 
Nasib kita ni berbeza dengan orang lain, cuma usaha kita untuk prbaiki kehidupan kita tu bagaimana akan menentukan nikmat dariNYA akan ditambah atau dikurangkan..
jadi bagaimana? jadilah hamba yg bersyukur.. Moga dengan kesyukuran kita walau hanya sedikit nikmat yang diberi, ia menjadikan kita lebih bersifat qanaah... =)

Zaman kedewasaan sangat membimbangkan, kerana generasi sekarang ni sudah terdedah dengan pelbagai medium elektronik, sama ada digunakan dgn sebaiknya atau sebaliknya.. Maka, ana menyeru jadilah insan yang sedia berbakti pd keluarga dan masyarakat, kerana dunia sekarang ini sangat perlukan cerdik pandai, kerahan tenaga dari generasi muda... Moga zaman keremajaan dan zaman kedewasaan kita mematangkan diri kita dan melakar kenangan indah dalm proses learning menjadi productive muslim...

P/S: Alhamdulillah ana bakal melalui semester 7, semester terakhir di usim sebelum praktikal tahun depan insyaALLAH.. Moga ana beroleh kejayaan dan kenangan terindah di USIM.. aamin..




Sunday, July 14, 2013

_Ramadhan datang lagi_


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434.. =)

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan kali ini.. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada NYA kerana diberi kesihatan dan kenikmatan menikmati bulan baraqah ini..

Ramadhan kali ini,ana dapat berpuasa bersama ayahanda dan bonda di kampung.. Alhamdulillah sudah 2 tahun berpuasa di kampung halaman.. =) Tahun depan tak pasti lagi dapat bersama mereka atau tidak kerana akan menghadapi latihan industri insyaALLAH.. =)

Sesungguhnya Ramadhan ini permulaannya adalah rahmat dari ALLAH, pertengahannya adalah keampunan dari ALLAH dan pengakhirannya adalah kelepasan dari azab api neraka.. Mari teman2 kita buru tawaran mega ramadhan kali ini..kerana kita tak pasti masih berpeluangkah beribadah di bulan ramadhan ini..  

Pernah tak rasa pengalaman di bulan ramadhan? kadang-kadang kita teringin nak makan sesuatu ni masa berbuka, tapi mungkin sekadar berkata pada diri sendiri atau lintasan hati.. tapi rezeki yang tidak disangka akan dapat juga masa berbuka... Alhamdulillah.. =)

Jom kita berdoa banyak2 agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. bulan ramadhan ni bulan untuk kita islah dan tarbiyah diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. kalau bukan bulan ni bila lagi kita nak berubah kan? doakan ana juga ye.. Jom upgrade iman kita! =)


Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar”. (HR Imam Ibn Majah)






P/s: Jangan malas2 solat terawih ye.. kita solat terawih hanya sekali dalam setahun..
Mood: rindu nak solat terawih di Masjid Sultan Abu Bakar JB sebelah maahad johor.